8 Tip Membina Perniagaan Yang Berjaya Daripada Pengasas Naelofar Hijab

Nota Editor: Tip ini telah dikongsikan di Instagram I Am Firdaus Yasin yang telah menghadiri program Bahtera pada 20 Ogos di KLCC Convention Centre. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga bermanfaat buat yang ingin memulakan perniagaan.
8 tips membina perniagaan yang berjaya dari Founder Naelofar Hijab
1. Bina jenama – Kukuhkan jenama dengan “positioning” yang betul. Ianya sangat penting untuk jangka masa panjang. Jenama akan membina kepercayaan kepada pembeli.
2. Buat APA yang kita suka – Apa yang kita tahu buat? Apa kemahiran yang kita ada? Apa kekuatan kita? Bagaimana mahu tukarkan minat kepada duit?
3. Bina dan luaskan rangkaian. “Networking“, berkawan-kawan dengan orang bisnes(mentaliti sama). Ianya juga dapat memberi “input” berbeza dan dapat bertukar-tukar pandangan disamping berkongsi peluang perniagaan.
4. Pelbagaikan sumber pendapatan – Pendapatan aktif (gaji/overtime), pendapatan sampingan ( bisnes kecil-kecilan) dan pendapatan pasif (contohnya hasil daripada rumah sewa)
5. Melabur untuk ilmu – Belajar dari yang pakar untuk tambah baik taraf kehidupan dan pengetahuan. Dengan Ilmu kita dapat mengawal risiko.
6. Saluran pengedaran – Ini sangat penting, ianya adalah “platform” penyampaian produk kepada pengguna. Antara “platform” yang boleh digunakan seperti media sosial (FB dan Instagram). “Follow up” dengan mereka yang pernah membeli dengan kita melalui SMS / whatsapp dan email. Media sosial digunakan untuk pemberitahuan ke kedai fizikal.
7. Berkawan dengan orang yang lebih berjaya dari kita. Ini akan mempengaruhi cara pemikiran dan tindakan kita. Siapa kita 5 tahun akan datang adalah siapa kawan-kawan kita sekarang.
8. Kaya dengan mengkayakan. Tambah nilai hidup orang lain. “More you give, more you get
Kata-kata terakhir dari Noorneelofa “Orang yang gagal adalah orang yang takut gagal”
Penulis turut melahirkan rasa kecewanya kerana tidak sempat untuk ber-selfie dengan Lofa pada hari kejadian (gurau).



Takkan Baca je? Comment La Sikit..