Bilal Digantung Tugas Kerana Ubah Suai Kandungan Azan


Mesir: Seorang bilal di Mesir digantung dari tugasnya selepas dia secara sengaja mengubah suai kandungan azan subuh.

Bilal tersebut, Mahmoud al-Moghazi dikenakan tindakan tersebut selepas menggantikan barisan azan "Solat lebih baik daripada tidur" kepada "Solat lebih baik dari menghabiskan masa dengan Facebook".

Jemaah di bandar Kafr al-Dawar yang marah dengan tindakan bilal tersebut melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Bilal tersebut kemudian digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Bagaimanapun, bilal berkenaan mengancam untuk melakukan mogok lapar dan merayu Presiden Abdel Fattah Al Sisi menarik balik keputusan itu.

Salah seorang jemaah menuduh al Moghozi mengamalkan ajaran yang menyeleweng menerusi satu rancangan Televisyen pada Ahad melalui panggilan telefon.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..