Doa Tidak Di Diterima Allah?? 10 Sebab Yang Ramai Tidak Tahu

Ada orang mengeluh kerana doanya tidak makbul, atau lambat dimakbulkan Tuhan. Ada juga yang hanya sekali berdoa, kemudian putus asa, lalu tidak mau lagi memohon dari Allah s.w.t.


Saad bin Abi Waqqas telah menerima nasihat dari Nabi Muhammad sendiri supaya menjaga makan minum yang halal, kerana yang demikian adalah salah satu syarat doa di terima Tuhan. Mafhum dari apa yang dinyatakan Baginda Nabi s.a.w. kepada Saad bin Abi Waqqas itu, nyatalah bahawa melakukan perbuatan haram menjadi sebab doa itu tertahan.


Bagaimana pandangan ahli-ahli tasawuf tentang doa yang tidak makbul ini ?
Seorang tokoh sufi terkemuka, Ibrahim Adham sedang berada di tengah pasar Basrah di Iraq apabila dia ditanya oleh ramai orang. Di antara soalan yang dihadapkan kepadanya ialah 'mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah'. Mereka mendakwa selalu berdoa kepada Allah. Tetapi tidak makbul.
Dengan penuh tawadhuk Ibrahim Adham menjawab, 'Hati kamu buta. sebabnya kerana sepuluh perkara':
(1)Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

(2)Kamu sangka cinta kepada Rasulullah s.a.w. tapi kalian tinggalkan sunnahnya.

(3)Kalian membaca Al Quran, tetapi tidak beramal dengannya.
(4)Kamu menerima nikmat-nikmat Allah s.w.t. tetapi tidak pernah bersyukur.
(5)Kamu berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi tidak menentangnya
(6)Kamu berkata syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
(7)Kamu berkata neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
(8)Kamu berkata mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
(9)Kamu bangun tidur, ceritakan keaiban manusia, tetapi lupa keaiban sendiri.
(10)Kamu kebumikan mayat saudaramu, tetapi tidak mengambil iktibar darinya.



Takkan Baca je? Comment La Sikit..