Jom Tengok 5 Gaji Tertinggi Pemain Bola Sepak Malaysia

Apabila melihatkan jumlah gaji bulanan yang dimiliki oleh pemain tempatan di dalam artikel ini, kami merasakan mungkin dalam masa 5 tahun lagi Malaysia mampu untuk membawa mutu permainan yang mantap seiring dengan gaji yang sedap.
KL14_260911_SAFEE
Safee Sali mencatat jumlah gaji tertinggi iaitu RM 120,000 bersama kelab Johor Darul Takzim (JDT). Jumlah ini memang berbaloi kerana kita boleh tengok Safee perform habis ketika mewakili Malaysia malah sangat berbudi bahasa terhadap peminat.
5 Pemain Bola Sepak Tempatan Berpendapatan Tinggi - VITDAILY20150211_0376
Pemain lincah ini memang kami suka sebab dia rajin dan bijak menghidu peluang dan sangat rajin ketika di atas padang. Amri Yahyah dikatakan dibayar gaji sekitar RM 85,000 daripada kelabnya, juga JDT.
5 Pemain Bola Sepak Tempatan Berpendapatan Tinggi - VITDAILY20150211_0375
Abang handsome Norshahrul Idlan Talaha yang kini bersama ATM FC dikatakan dibayar gaji sekitarRM80,000. Pasti padu ATM musim ini dengan kehadiran Mat Yo yang sangat cemerlang di JDT sebelum ini. *Uhuk* – terbatuk pula.
5 Pemain Bola Sepak Tempatan Berpendapatan Tinggi - VITDAILY20150211_0378
Indra Putra Mahayuddin, tengok muka sudah tahu seorang yang humble dan rajin kejar bola. Kini beraksi bersama Felda United FC dengan anggaran gaji sekitar RM75,000. Bak kata pepatah, semakin berusia semakin lincah.
5 Pemain Bola Sepak Tempatan Berpendapatan Tinggi - VITDAILY20150211_0377
Baddrol Bakhtiar adalah pemain bagi kelab Kedah FA dengan anggaran gaji RM65,000. Cukup lumayan jika tinggal di Kedah dengan gaji sebegini. Makan confirm kenyang. Sila jemput kami untuk review Makan-Makan di Kedah jika ada kelapangan.
Dengan keadaan gaji yang kukuh dan lumayan, kami yakin ini mampu memberi motivasi kepada pemain untuk terus dapat kenaikan gaji seterusnya berpeluang melonjakkan nama Malaysia di mata dunia.

SUMBER : http://vitdaily.com/5-gaji-tertinggi-pemain-bola-sepak-malaysia/



Takkan Baca je? Comment La Sikit..