Solat Sunat Wudhu' | Solat sunat wudhu' amat besar pahalanya dan sesiapa yang melakukannya akan diampuni dosanya , yakni dosa-dosa yang kecil . Adapun dosa-dosa besar itu hanya akan terampun dengan taubat nasuha .
Solat Sunat Wudhu'
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Apabila seseorang itu berwudhu' dan dia menyempurnakan wudhu'nya , kemudian dia bersolat ( sunat ) dua rakaat atau empat rakaat dengan khusyu' , kemudian dia berdoa memohon keampunan , Allah akan mengampunkan dosa-dosanya . "
( HR Abu Ya'la )
Kelebihan Solat Sunat Wudhu' :
1 . Diampunkan dosa-dosa yang lampau
Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat , yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri ( yakni mendirikannya dengan khusyuk ) nescaya Allah S.W.T akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu . ”
2 . Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya , melainkan telah wajib baginya syurga . ”
Niat Solat Sunat Wudhu' :
" Sahaja aku solat sunat wudhu' dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Pada rakaat pertama , selepas membaca surah Al-Fatihah , dibaca pula surah Al-Ikhlas . Pada rakaat kedua , selepas membaca surah Al-Fatihah , dibaca pula surah Al-Nas .
Doa Solat Sunat Wudhu'
" Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukan bagi-Nya . Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya . Ya Allah ! Jadikanlah aku orang yang ahli bertaubat , dan jadikanlah aku orang yang suci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh . Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan kepujian Engkau dan aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau , aku pohonkan keampunan daripada Engkau dan aku bertaubat kepada-Mu . "
Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk | Solat Sunat Wudhu' .
Takkan Baca je? Comment La Sikit..