Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis
Polis sedang menjalankan siasatan jika kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
HUTAN MELINTANG: Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sidang media berkenaan penemuan kenderaan itu dijangka diadakan sekitar 3 petang ini.

Gambar Sami Rentung Dalam Bilik Air

Kuala Lumpur: Tiga sami wanita berusia 60-an ditemui rentung dalam kebakaran tokong di Air Panas, Setapak di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui mati di dalam bilik air tokong berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.11 pagi dan mengerahkan sembilan jentera bersama 49 anggota termasuk pegawai dari empat balai bomba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi sembilan minit kemudian, api membakar lebih 60 peratus daripada keseluruhan bangunan tokong berkenaan.
“Beberapa rumah setinggan di kawasan berhampirantokong berkenaan turut terbakar.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian,"katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Nama Pelajar Malaysia Diabadikan Sebagai Nama Asteroid

Seorang remaja berusia 17 tahun membuktikan semangat ‘Malaysia Boleh’ dapat membawa yang mustahil menjadi tidak mustahil.
Faye Jong-Sow Fei, pelajar SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak kini boleh berbangga apabila namanya kini diabadikan sebagai nama asteroid.
Ia dibuat oleh Lincoln Observatory Near-Earth Object (LINEAR), susulan kejayaannya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Intel International Science and Engineering Fair di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lepas.
Projek pengurusan alam sekitar yang dipersembahkan Faye pada pertandingan itu turut melayakkannya menerima anugerah Saintis Muda Berpotensi dari European Union Contest.
Asteroid tersebut dinamakan ‪#‎31460Jongsowfei‬ dan rasmi digunakan pada 10 Julai lalu.
Ini menjadikan Faye rakyat Malaysia pertama diberi penghargaan sedemikian.
LINEAR merupakan salah satu projek yang dibiayai oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA), dengan kerjasama United States Air Force dan Massachusetts Institute of Technology’s Lincoln Laboratory.
SUMBER: Awani

Apakah Penyebab Harga Pasaran Saham Dunia Menurun?

Dow Jones Industrial Average jatuh lebih daripada 1,000 mata pada waktu pagi apabila pasaran saham di seluruh dunia jatuh teruk pada Isnin lepas untuk hari kedua perdagangan berturut-turut. Kini, ia pulih sedikit dan berada hanya 475 mata ke bawah.
Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku sehingga menyebabkan mata pasaran saham sedunia turun naik?
Sebenarnya agak mustahil untuk menyatakan sebab yang tepat apabila pasaran naik atau turun pada hari-hari yang berlainan. Tetapi terdapat dua faktor utama yang mungkin menyumbang kepada jualan semasa secara besar-besaran iaitu China dan ekosistem harga saham (“what goes up must come down”).

1. China
Apa yang berlaku di China, warga dunia akan turut mengalami implikasinya. Itulah yang menyebabkan keadaan negara China mampu mempengaruhi jatuh bangun harga saham dunia.
Ekonomi negara China telah menerima bantuan (analogi chugging: menahan orang yang lalu-lalang dengan tujuan meminta derma untuk sesebuah badan kebajikan) bersama selama bertahun-tahun pada kadar pertumbuhan sebanyak 7% atau lebih. Namun begitu, kerajaan China mendapati data prestasi ekonomi terbaru adalah lebih lemah daripada jangkaan. Ini menyebabkan kerajaan China terpaksa campur tangan dengan cara menjatuhkan nilai mata wangnya, yuan, untuk menyokong pertumbuhan. Kesannya, pelabur-pelabur yang menjangkakan ekonomi China untuk terus naik menjadi takut. Dan kerana pasaran global begitu saling berkaitan antara sesebuah negara, terutama dengan Amerika Syarikat dan Eropah yang bergantung kepada produk-produk China dan kuasa pelaburannya menyebabkan apa yang berlaku di China boleh memberi kesan kepada pasaran saham di luar negara juga.
2. Ekosistem harga saham (“apa saja yang naik mesti akan turun”)
Kedua-dua pasaran saham China dan Amerika Syarikat mengalami peningkatan cepat harga stok untuk sementara waktu. China naik kerana dikuasakan oleh sebahagian pelabur runcit yang tidak sofistikated dan Amerika Syarikat pula kerana data ekonomi yang menggalakkan dan peningkatan dalam saham teknologi.
Pemerhati telah memberi amaran berhubung dengan “pembetulan” yang tidak dapat dielakkan untuk sementara waktu. Tiada siapa tahu mengapa “pembetulan” dilakukan pada waktu ini. Tetapi kadang-kala ia disebabkan oleh semua pelabur berasa cemas gara-gara satu sentakan awal yang menakutkan atau keadaan panik boleh berlaku dengan sendirinya apabila tercipta kebimbangan di dalam sistem.
Walaubagaimanapun, naik atau turun harga pasaran saham kerana disebabkan oleh sesuatu, ada pihak yang mengambil peluang untuk membeli stok-stok saham pada harga rendah terutama di kalangan pelabur muda.

Top 5 Rumah Paling Mahal Di Dunia

Rumah adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia, kerana selain berfungsi sebagai tempat berlindung, rumah juga adalah tempat dimana para manusia membina rasa sayang pada keluarga serta membina komunikasi dengan manusia lainnya. Begitu berharganya sebuah rumah.

Berikut adalah senarai 5 rumah termahal di dunia.

Antilla (USD$1 Billion)




Inilah rumah paling mahal di dunia. Rumah yang dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan jutawan terkemuka dari India yang juga merupakan orang yang tersenarai 100 orang terkaya di dunia. Rumah ini mempunyai 27 tingkat dengan ruangan yang sangat luas, malah garajnya sahaja boleh menampung kira-kira 150 kereta.

William Randolph Hearst’s Mansion (USD$165 Juta)



Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, mempunyai 3 kolam renang, 29 bilik tidur yang sangat luas. Di dalamnya juga terdapat sebuah disko dan sebuah mini bioskop.

Elena Franchuk’s Victorian Villa (USD$161 Juta)



Rumah ini terletak di Kensington, London. Rumah ini setinggi lima tingkat dan mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang di halaman rumah, ruang panik, bioskop serta bilik sauna.

Aaron Spelling’s Manor (USD$150 Juta)



Rumah ini berdiri di atas tanah yang terbentang luas sepanjang 56,000 meter persegi dan dibina pada tahun 1991. Memiliki 123 bilik, gelangang tenis, gelanggang skating, gelanggang bowling dan beberapa kolam renang.

Hala Ranch (USD$135 Juta)



Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, mempunyai 27 bilik mandi dan 15 bilik tidur bersama dengan kolam renang, jalan ski persendirian, lampu fabrik dan gelanggang tenis. Bangunan ini dibina di atas kawasan tanah seluas 14,397 kaki persegi. - sentiasapanas

Video Layanan "Istimewa" Buat Rosmah Jadi Viral





PETALING JAYA: Satu video yang memaparkan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan"istimewa" oleh seorang wanita, dipercayai seorang anggota polis telah menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan dari FMT, video itu diambil ketik Rosmah sedang menghadiri satu Malis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam pada Khamis lalu. Turut menghadiri majlis itu Najib Razak.

Video yang berdurasi selama setengah minit itu memaparkan wanita terbabit memakaikan kasut ke kaki Datin Rosmah ketika beliau sedang berdiri di situ.

Video ini kini menjadi viral di beberapa blog-blog dan forum di Malaysia selain mula mencuri perhatian di media sosial. - Siakapkeli.my 


Berapa Lama Masa Yang Diperlukan Untuk Menghabiskan Kekayaan Bill Gates?

2
Jakarta: Bill Gates telah dinobatkan sebagai manusia terkaya di Amerika Syarikat oleh majalah Forbes suatu ketika dulu. Menurut lembaga kajiselidik Oxfam International, kira-kira 218 tahun masa yang diperlukan untuk menghabiskan aset kekayaan milik pengasas syarikat Microsoft ini yang berjumlah USD 79 Billion.
“Antara Mac 2013 hinggalah Mac 2014, kekayaan Gates meningkat sekitar USD 688 juta setiap hari. Setidaknya beliau harus menghabiskan USD 1 juta setiap hari selama 218 tahun,” tulis Oxfam dalam laporannya seperti yang disiarkan di media pada 6 November 2014.
Lain pula bagi jutawan dari Mexico, Carlos Slim yang memerlukan masa sebanyak 220 tahun jika beliau ingin menghabiskan aset kekayaannya yang berjumlah USD 80 billion dan perlu memeperuntukkan USD 12 juta sehari.
Memetik dari kajian Oxfam itu lagi, “Kedua-dua jutawan ini tidak akan kehabisan atau mengalami penurunan wang mereka, jika ada sekalipun wang itu dikeluarkan, wang mereka sentiasa bertambah kambali dua kali ganda dalam masa yang singkat”.
International Oxfam melaporkan saban tahun akan lahir beberapa jutawan dari seluruh dunia dan pada Mac 2009 sahaja jumlah manusia terkaya di dunia adalah 793 orang.
Jumlah tersebut telah meningkat lagi kepada 1645 orang pada Mac, tahun ini. –HarianBlogger.Com

GEMPARR !!! AKHIRNYA DIDEDAHKAN PUNCA SEBENAR DISEBALIK PEMBUNUHAN KEJAM WANITA INI., PASTI...


#Agak mengejutkan penduduk setempat apabila seorang gadis melayu berumur 21 tahun mati dalam keadaan tergantung di pencawangan tiang TNB di springhill port dickson negeri sembilan,kejadian ini berlaku pada 30 jun 2015.



#Menurut sumber, gadis ini pada mulanya dinggap orang ramai mati kerana menggantungkan diri namun menurut siasatan awal, gadis ini bukannya mati kerana menggantung diri tapi disebaliknya kerana bukti pertama yang dia tidaka menggantung diri adalah kaki sangat dekat dengan tanah dan wajah mangsa tidak bengkak sepertimana keadaan mayat gantung diri.



Dimana jika membunuh diri,mangsa biasanya mengalami kecederaan teruk pada muka serta mata terbeliak dan lidah terjulur keluar.
Satu helai kertas pengakuan mangsa tersebut sebelum membunuh diri juga adalah kemungkinan besar hanya hasil rekaan pembunuh tersebut.

Sehingga kini,kes masih dalam siasatan dan orang yang mengenali gadis ini diminta tampil bagi membantu siasatan.
Mangsa yang juga berasal dari negeri sembilan bernama Rabiaatul Adawiyah binti Johan berumur 21 tahun. Sumber facebook

Pak Hassan Jual 7,500 Bungkus Bubur Lambuk Sehari (5 Gambar)

2
KUALA LUMPUR: ‘Bubur Lambuk Pak Hassan’, Kampung Baru laris dijual hingga 7,500 bungkus sehari pada harga RM2 sebungkus pada Ramadan.
Pengusahanya, Abu Bakar Mohamad, 69, atau lebih terkenal sebagai Hassan, berkata kira-kira 30 periuk besar bubur lambuk dihasilkan pada setiap hari bekerja dan sekurang-kurangnya 15 periuk besar pada hujung minggu dengan anggaran kos antara RM200 dan RM250 setiap periuk.
Mengikut Hassan, permintaan akan meningkat apabila terdapat pesanan daripada syarikat korporat.
“Pada hari pertama puasa tahun ini, kami menghasilkan 31 periuk besar bubur lambuk dan paling banyak mencecah 39 periuk besar pada minggu kedua puasa.
2


2
2
2
Pengusaha bubur lambuk Pak Hassan, Abu Bakar Mohamad. – Foto BERNAAMA
“Satu periuk besar dapat menghasilkan sebanyak antara 250 dan 260 bungkus bubur lambuk,” katanya.
Rutin harian Hassan memasak bubur lambuk pada bulan Ramadan ini bermula selepas solat Subuh dengan dibantu 24 petugas termasuk ahli keluarga dan jiran.
Hassan yang berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah dan merantau ke ibu kota sejak 19 tahun lalu, berkata ilham untuk menghasilkan bubur lambuk Pak Hassan tercetus pada 1983 sempena bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru.
Pada tahun berikutnya dia memberanikan diri untuk mengusahakan bubur lambuknya sendiri dan dari tahun ke tahun usaha gigih beliau mendapat sambutan yang menggalakkan.
Mengenai persaingan dengan peniaga lain, Hassan tiada masalah dengan perkara itu kerana sentiasa menjaga kualiti bubur yang dihasilkan.
“Walaupun mempunyai ramai kakitangan untuk membantu, hanya saya seorang yang akan memasak bagi memastikan rasa bubur sekata dan terkawal,” katanya.
Seorang pelanggan, Mohd Khusairi Alias, 50, dari Cheras berkata sejak dari zaman bujang hingga sudah mendirikan rumah tangga, hampir saban tahun dia akan ke Kampung Baru semata-mata untuk membeli bubur lambuk kerana rasa buburnya yang bukan sahaja sedap malah tidak berubah sejak dahulu.
Pengurus Operasi F&B sebuah hotel di ibu kota, Mohd Fadzli Mohd Anif, 39, pula berpendapat bubur lambuk Pak Hassan menjadi pilihannya dan rakan-rakan setiap tahun kerana harganya berpatutan dan pernah memesan sebanyak empat periuk untuk pejabatnya. – BERNAMA
Sumber: HarianBlogger

Pasangan Suami Isteri Dera Anak Perempuan 5 Tahun Ditahan Reman 4 Hari



Pasir Mas: Sepasang suami isteri yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini telah ebrjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini yang merupakan bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak malang berkenaan berusia 39 dan 25 tahun telah berjaya ditahan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

BACA: Badan Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Penuh Lebam Dan Parut Didera Ibu Tiri

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa telah mengeluarkan perintah tahanan reman kepada mereka selama 4 hari bermula khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak ini telah didera oleh ibu tirinya selepas sehingga patah tulang belakang, kurus kering dan terdapat parut dan luka seluruh badan selepas di ambil oleh ibu kandungnya di rumah bapa kanak-kanak tersebut di Rantau Panjang.

Lagi Kes Bergambar Bogel, Kali Ini Di Atas Gunung Irau Cameron Highland





Jika baru-baru ini negara digemparkan dengan kes pelancong asing yang biadap bergambar bogel di atas Gunung Kinabalu di mana perbuatan itu bukan sahaja menerima kritikan hebat dari pada netizens malahan masyarakat seluruh dunia.

Adakah berbogel di tempat yang dilawati ini sudah menjadi trend di kalangan pelancong?


Terbaru berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki telah mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland tetapi tidak dapat dipastikan samaada rakyat Malaysia sendiri atau pelancong asing



Di dalam gambar tersebut (tidak dapat dipastikan bila berlaku) menunjukkan seorang lelaki berkacamata  telah mengambil beberapa keping gambarnya berlatar belakangkan papan tanda yang tertulis Brinchang 2.35KM bersama bendera Malaysia dibelakang.

Dia menggayakan pelbagai aksi antaranya menutup bahgian sulitnya dengan papan tanda yang tertulis Gunung Irau.

Perbuatan seperti ini amatlah biadap dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku,. Tindakan keras harus diambil terhadap lelaki ini dan mana-mana individu yang melakukan aksi seperti ini supaya tidak berleluasa di negara kita.

KEMASKINI

Dengan penyebaran cerita ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Leong Ngah Ngah mensihatkan mana-mana pelancong dan orang ramai agar menjaga kelakuan semasa berada di Gunung Irau.

Memetik laporan Astro Awani, kelakuan itu dilihat berisiko selain boleh membawa musibah buruk atau bencana seperti yang berlaku di Gunung Kinabalu pada awal Jun lalu.

"Saya tidak kenal siapa lelaki itu, apakah dia pelancong atau rakyat negara ini.

"Cuma saya minta dan nasihatkan tolonglah jangan buat begitu, kita tidak mahu perkara buruk berlaku di sini," katanya. - Siakapkeli.my

MH-17 Sebenarnya Adalah Pesawat MH-370 ???

prayers for Malaysia Airlines plane crash victims
MH17 Kisah Sebenar Yang Tidak Diceritakan
Tiga bulan selepas pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, masih tiada jawapan yang pasti kepada apa yang menyebabkan tragedi itu. Konflik awam di kawasan itu menghalang pakar antarabangsa menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh. Bangkai sepatutnya dikutip dan cermat dipasang semula untuk mengenal pasti semua kerosakan, tetapi prosedur siasatan standard tidak pernah dijalankan. Sehingga yang dilakukan, bukti hanya boleh didapati daripada gambar-gambar runtuhan, perakam penerbangan atau kotak hitam dan testimoni saksi di tempat kejadian. Ini mungkin cukup untuk membantu membina gambaran apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat, sama ada roket yang dilancarkan dari tanah atau tembakan dari jet tentera.


Kehilangan Pesawat MH370
Insiden pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, belum bertemu jalan penghujung. Sehingga kini operasi pencarian telah ditingkatkan, banyak duit telah digunakan untuk operasi ini, malah pakar penerbangan hampir menemui jalan buntu bagi menyelesaikan masalah ini.
Namun kini, pesawat Malaysia Airlines ditembak di tengah-tengah zon peperangan. Malang sungguh nasib yang menimpa syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Tragedi MH17 ditembak adalah suatu situasi yang terlalu mengguris hati rakyat Malaysia, termasuklah negara-negara terlibat. Berikut laporan doktor Belanda dalam operasi nahas;
“Mayat yang dijumpai dipercayai telah reput dan mati sebelum berlaku tragedi MH17 ditembak”.
“Menurut orang-orang yang mengumpul mayat, kebanyakan mayat ialah ‘tidak segar, kebanyakan darinya telah meninggal dunia beberapa hari lalu,” kata Girkin, mengikut halaman. Beliau mendakwa mayat-mayat yang dijumpai tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda berdarah”.
Ini diakui sendiri oleh pihak tentera, sedikit kesan darah yang ditemui, walaupun mayat mangsa tidak sempurna. Gambar-gambar ini telah didedahkan, banyak persamaan dan menambahkan kerunsingan. Faktanya adalah di sini:
Nombor pendaftaran MH370, KUL – PEK adalah 9M-MRO. Manakala MH17 adalah 9M-MRD.
flight-radar-mh-17-cancelled-on-7-17-2014-a
1. Menurut skrin radar penerbangan dari Amsterdam, penerbangan MH17 telah dibatalkan pada hari ianya terhempas.
malaysia-mh-17-and-mh-370-as-9m-mrd-9m-mro-b
2. Lihat pada nombor pendaftaran pesawat terdapat banyak persamaan. Pesawat didakwa ditembak jatuh di Shaktarsk adalah Boeing 777-200, nombor ID 9M-MRD. MH370 yang hilang adalah model yang sama, 777-200, tetapi dengan nombor ID yang berbeza 9M-MRO.
MAS mh370
Baru-baru ini, terdapat fakta dan bukti bahawa MH-370 (9M-MRO) sebenarnya dirampas sebelum ia dilaporkan hilang. Ini bermakna perampas telah mengawal pesawat tersebut dan  mendarat di tempat lain.
Pangkalan tentera Amerika Syarikat, Diego Garcia, terletak dalam jarak penerbangan dari tempat di mana MH-370 hilang daripada radar.
mh17-is-mh370
LifeNews-MH17-Recovered-Passports3. Semua pasport yang dijumpai  berada dalam keadaan elok sempurna. Mereka mahu kita percaya bahawa SEMUA pasport tidak rosak selepas kapal terbang penuh dengan bahan api telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu, apatah lagi pada paras 33,000 kaki.
Dan bukan itu sahaja! Banyak pasport yang dijumpai adalah jelas tidak sah, terdapat beberapa lubang di sudut kiri, sementara yang lain telah dipotong di sebelah kanan muka hadapan, adalah mustahil mana-mana passport yang telah ditamatkan boleh digunakan untuk perjalanan antarabangsa. Berikut adalah soalan yang kita semua perlu tahu;
“Apakah tahap kerosakan kepada pasport boleh dijangka selepas pesawat awam dimusnahkan oleh peluru berpandu di ketinggian 33,000 kaki?”.


Saya bukan seorang pakar dalam peluru berpandu tentera, jadi saya tidak boleh menjawab soalan ini sebagai seorang pakar. Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan nyata, ia seolah-olah seperti ada sesuatu yang pelik di sini, selalunya kesemua pasport ini pasti lebih banyak koyak atau terbakar dalam apa jua cara?
MH17 wrong tale identification number
Manalaka nombor  pesawat yang menjadi  propaganda adalah 9M-MRC.
MH17 attack from front
Inilah serpihan pesawat yang dipercayai sasaran utama peluru berpandu tentera.
Front attack
Serpihan tersebut sepadan dengan bahagian hadapan MH17 tetapi media melaporkan, serangan bermula di bahagian tengah pesawat.

Senarai Negara Terkaya Di Asia Bagi Tahun 2015

Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK per kapita adalah nilai pasaran semua barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam sesuatu tempoh masa.


Kadang-kadang, sebuah negara yang menjadi sangat kaya tetapi rakyatnya hidup dalam kemiskinan seperti yang berlaku di Afrika. Sebaliknya berlaku di Asia, kekayaan diberikan sama rata supaya rakyat dapat merasai kekayaan itu. Jadi, untuk menentukan negara-negara Asia yang paling kaya, KDNK dikira mengikut keadaan hidup rakyat di negara-negara terlibat.

Memetik sumber dari sebuah portal [Disini], di bawah adalah antara 9 negara terkaya di asia 2015.

9. BAHRAIN


Matawang : Bahraini Dinar
GDP per capita: RM125,000

Bahrain adalah sebuah pulau kecil di bahagian barat Teluk Parsi. Negara ini hanya sebesar 34 batu panjang dan 11 batu lebar. Ia mempunyai penduduk seramai 1.2 juta dan lebih 600,000 adalah bukan warganegara. Pendapatan negara ini datang daripada pelaburan yang besar di dalam perbankan, pelancongan dan minyak.

8. JAPAN.


Matawang: Japanese Yen
GDP per capita: RM133,000

Jepun telah digambarkan sebagai dunia yang berasingan. Tanah Matahari Terbit mempunyai ekonomi yang dinamakan ekonomi negara ketiga terbesar pada tahun 2012 dan yang keempat terbesar selepas Amerika Syarikat, China dan India, dari segi kuasa beli.





7. KUWAIT.


Matawang: Kuwaiti dinar
GDP per capita: RM143,000

Ekonomi Kuwait berasaskan petroleum dengan jumlah penduduk sebanyak 2.2 juta. Ia mempunyai rizab minyak kelima terbesar di dunia dan diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai negara berpendapatan tinggi.

6. TAIWAN.


Matawang: New Taiwan dollar

GDP per capita: RM143,266

Pada separuh kedua abad ke-20, ekonomi Taiwan mengalami pertumbuhan pesat dan perindustrian, meletakkan negara ini ke dalam ekonomi perindustrian yang maju. Hari ini Taiwan berorientasikan eksport yang dinamik dengan secara beransur-ansur mengurangkan penglibatan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan asing.

5. BRUNEI


Matawang: Brunei dollar

GDP per capita: RM198,000

Brunei menduduki tempat kelima di dalam KDNK per kapita pada kuasa beli di dunia. Ia kebanyakannya dicapai kerana ia mempunyai 0% hutang awam. Brunei adalah negara kelima terkaya di dalam bidang petroleum dan gas asli, menurut Forbes. Ekonomi brunei adalah campuran keusahawanan asing dan domestik, peraturan kerajaan, langkah-langkah kebajikan, serta tradisi kampung.

4. HONG KONG


Matawang: Renminbi

GDP per capita: RM199,536

Hong Kong menjadi salah satu pusat antarabangsa yang paling penting selepas London dan New York City dan mata wang negara ini adalah lapan mata wang yang paling banyak diniagakan di peringkat antarabangsa.

3. MACAU


Matawang: Macanese pataca

GDP per capita: RM214,000

Di tempat ketiga adalah salah satu daripada 2 Kawasan Pentadbiran Khas Republik China, Macau. Ekonomi negara ini sebahagian besarnya datang daripada pelancongan.

2. SINGAPORE


Matawang: Singapore dolar

GDP per capita: RM230,000

Pembangunan pesat Singapura telah menjadikan negara ini kuat di dalam hal ehwal global kerana ia adalah salah satu ahli pengasas Pertubuhan Negara Negara Asia Tenggara (ASEAN). Singapura adalah sebuah negara yang mesra perniagaan berteknologi tinggi.

1. QATAR


Matawang: Singapore dolar

GDP per capita: RM353,000


Tempat pertama di dalam senarai adalah tidak lain tidak bukan adalah Qatar, negara paling kaya di dunia per kapita, dengan pendapatan yang tinggi, ekonomi maju disokong oleh rizab gas asli ketiga terbesar di dunia dan simpanan minyak yang melebihi 25 bilion tong. Pada suatu masa dahulu, ekonomi negara ini bergantung kepada perikanan dan mutiara yang kemudiannya berubah laluan selepas penemuan minyak yang mengubah ekonomi negara serta taraf hidup rakyat.