Dow Jones Industrial Average jatuh lebih daripada 1,000 mata pada waktu pagi apabila pasaran saham di seluruh dunia jatuh teruk pada Isnin lepas untuk hari kedua perdagangan berturut-turut. Kini, ia pulih sedikit dan berada hanya 475 mata ke bawah.
Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku sehingga menyebabkan mata pasaran saham sedunia turun naik?
Sebenarnya agak mustahil untuk menyatakan sebab yang tepat apabila pasaran naik atau turun pada hari-hari yang berlainan. Tetapi terdapat dua faktor utama yang mungkin menyumbang kepada jualan semasa secara besar-besaran iaitu China dan ekosistem harga saham (“what goes up must come down”).
1. China
Apa yang berlaku di China, warga dunia akan turut mengalami implikasinya. Itulah yang menyebabkan keadaan negara China mampu mempengaruhi jatuh bangun harga saham dunia.
Ekonomi negara China telah menerima bantuan (analogi chugging: menahan orang yang lalu-lalang dengan tujuan meminta derma untuk sesebuah badan kebajikan) bersama selama bertahun-tahun pada kadar pertumbuhan sebanyak 7% atau lebih. Namun begitu, kerajaan China mendapati data prestasi ekonomi terbaru adalah lebih lemah daripada jangkaan. Ini menyebabkan kerajaan China terpaksa campur tangan dengan cara menjatuhkan nilai mata wangnya, yuan, untuk menyokong pertumbuhan. Kesannya, pelabur-pelabur yang menjangkakan ekonomi China untuk terus naik menjadi takut. Dan kerana pasaran global begitu saling berkaitan antara sesebuah negara, terutama dengan Amerika Syarikat dan Eropah yang bergantung kepada produk-produk China dan kuasa pelaburannya menyebabkan apa yang berlaku di China boleh memberi kesan kepada pasaran saham di luar negara juga.
2. Ekosistem harga saham (“apa saja yang naik mesti akan turun”)
Kedua-dua pasaran saham China dan Amerika Syarikat mengalami peningkatan cepat harga stok untuk sementara waktu. China naik kerana dikuasakan oleh sebahagian pelabur runcit yang tidak sofistikated dan Amerika Syarikat pula kerana data ekonomi yang menggalakkan dan peningkatan dalam saham teknologi.
Pemerhati telah memberi amaran berhubung dengan “pembetulan” yang tidak dapat dielakkan untuk sementara waktu. Tiada siapa tahu mengapa “pembetulan” dilakukan pada waktu ini. Tetapi kadang-kala ia disebabkan oleh semua pelabur berasa cemas gara-gara satu sentakan awal yang menakutkan atau keadaan panik boleh berlaku dengan sendirinya apabila tercipta kebimbangan di dalam sistem.
Walaubagaimanapun, naik atau turun harga pasaran saham kerana disebabkan oleh sesuatu, ada pihak yang mengambil peluang untuk membeli stok-stok saham pada harga rendah terutama di kalangan pelabur muda.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..