Tips Solat Ketika Mengembara Backpackers


Sebagai seorang pengembara, pasti akan timbul kerisauan untuk mengerjakan solat dengan pelbagai kekangan seperti untuk berwuduq, mencari tempat solat yang sesuai, pakaian yang menutup aurah dan sebagainya.

Namun, perkongsian daripada Faiz Najmi melalui laman sosial Facebooknya sangat berguna yang boleh anda jadikan sebagai pedoman.



Dirikan solat di mana saja anda berada. Jangan takut solat atas tanah, tanpa sejadah, kerana tanah itu tempat sujud. Walaupun tempat sujud itu 4200meter atas paras laut. (Gambar di Pangong Lake, Kashmir, inspirasi filem 3 IDIOTS)

Ramai melayu muslim takut nak travel atau berkelana di bumi Allah kerana takut susah makan halal, susah sembahyang, susah menjadi muslim di tempat orang. Sedangkan Allah sangat menggalakkan mengembara dalam Quran.

Berikut adalah beberapa salah anggap melayu muslim yg berkelana di luar negara sehingga menyusahkan ibadat mereka, dan sedikit pembetulan dari saya yg hina ini.

Disclaimer: Saya bukan berlagak ustaz atau ulama. Di bawah ini adalah kompilasi yg saya buat setelah bertahun-tahun tanya ustaz dan membaca kitab fiqah, rujukan al-Quran dan Sunnah. I have been a traveller and backpacker for 12 years. Don't you think i would have mastered the fiqh of travelling, no?

1. Kotor la sembahyang atas tanah.

-Tanah itu tidak kotor. Malah, mengikut ramai ulama dan ahli feqah, jikapun kasut anda kotor tetapi jika telah memijak tanah, maka kasut itu jadi suci.
- Sebab itulah najis mughallazah kita sucikan dengan air tanah satu kali, dan 6 kali dengan air biasa.
- Sebab itulah boleh berwudhu' dan bersolat dengan kasut juga, dinamakan khuf (sahih bukhari 4:48). Bagi musafir 3 hari, bagi yg bermukim satu hari.
  

2. Baju / seluar aku kotor mungkin terkena najis.

- Walaupun pakaian anda mungkin tidak suci, sucikan semampu anda saja, kemudian dirikan solat. Allah maha Mengetahui kesukaran yg anda hadapi untuk mendapatkan solat yg "perfect".

3. Tiada air di tandas tu tadi, pakai toilet paper je.

- tiada masalah istinja' (menyucikan) pakai toilet paper, batu kering atau daun kering. (Sahih bukhari 4:21). Cuma kita rakyat malaysia dah biasa dengan air yg melimpah ruah sampai membazir.
- Tempat orang lain bukan banyak air sangat, so travellers backpackers kena belajar istinja' selain menggunakan air.

4. Ada air cebok je. Air yang dah digunakan tu air musta'mal kot.

- bab air, sebenarnya kalau baca hadith TIADA istilah air musta'mal, air mutlak segala bagai. Ulama mazhab shafie ja klasifikasi sedemikian.
- Nabi pun pernah berwudu' dengan bekas air yg kecil dan digunakan semula oleh para sahabat (sahih bukhari 4:35, 4:61 and 4:65) Tempat org tak usah membazir air sngt. Dosa. Kawan setan.
- kalau air mahal, atau sumber air sedikit, atau air sangat sejuk tayammum je (sahih bukhari 7:14)

5. Tak yakin mana kiblat dan bila masuk waktu.

- kalau xde app kiblat dalam smartphone atau app waktu solat: ikut arah matahari, atau tanya orang tempatan dan make your best decision on where the kiblat is or when is the prayer time.

6. Jamak qasar 3 hari.

- tiga hari, TIDAK termasuk hari tiba dan hari bertolak pulang. Jika termasuk, jadilah 5 HARI. Tapi jika sudah berniat utk tinggal lebih dari 5 hari, tak boleh dah jamak qasar.
- jika niat asal tinggal di situ kurang 5 hari, namun urusan masih tak selesai, boleh qasar sampai 19 hari (sahih bukhari 18:1)
- pendapat minoriti seperti mazhab hanafi hanya membenarkan qasar sahaja (memendekkan solat) selama 15 hari. Jamak (menggabungkan solat) tidak boleh dilakukan ketika mengembara kecuali ketika Haji.

7. Jamak qasar mesti lebih 2 marhalah.

- sebenarnya TIADA hadith mendefinisikan jarak seorang yg musafir. Kebanyakan ulama termasuk Shafie dan Hanbali mengkuantifikasikan jarak menggunakan jarak 2 marhalah. Ini kerana pada zaman Rasulullah, musafir berkuda atau berunta seharian adalah lebih kurang 2 marhalah (80-100km)
- saya setuju ini dijadikan kuantiti minimum untuk perjalanan yg dibolehkan jamak qasar jika mengembara dengan KENDERAAN MODEN pada masa kini (kereta, bas, keretapi, kapal terbang etc)
- namun perlu diambil kira bentuk muka bumi, bentuk jalan itu sendiri, kaedah perjalanan, tempoh perjalanan dan sebagainya. 70km perjalanan di Kuala Lumpur TIDAK SAMA dengan 70km di Kashmir.
- Contohnya di Ladakh Kashmir, 70km perjalanan dengan jalannya tidak berturap, penuh dengan gunung ganang dan gaung merbahaya, boleh mengambil masa 5 JAM!! Apatah lagi pengangkutan awam yg tidak semestinya menepati masa. Semestinya tidak sama dengan perjalanan dalam highway Kuala Lumpur- Seremban 70km yg boleh diselesaikan dalam 45minit.
- dengan ini saya cenderung dengan Ibnu Taimiyah bahawa BUKANLAH JARAK yg membolehkan seorang musafir itu jamak dan qasar, tetapi "the state of travel itself".
- Ini memudahkan para musafir di pedalaman (Sabah dan Sarawak contohnya) atau tempat yg amat sukar perjalanannya dan mode kenderaan yg tidak optimum untuk jamak qasar juga, walaupun jarak hanya 40km.
- senang kata, jika perjalanan anda sukar dan mengambil masa yg lama, boleh jamak qasar. Walaupun ini pendapat tidak popular, namun ia pendapat yg menyenangkan mereka yg kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.
- walaupun anda berulang alik 100km setiap hari dari rumah ke tempat kerja dgn keretapi yg laju shinkansen contohnya, tidak boleh jamak qasar. Boleh jamak sahaja jika ada kerumitan.

8. Susah solat atas kapal terbang. Solat hormat waktu je.

- TIADA istilah solat hormat waktu dalam islam. TAK PERNAH dibuat Nabi, Sahabat, Tabi'in, ulama dulu atau ulama luar negara. Mazhab tabung haji je buat begitu (menurut Ustaz Maza).
- Lebih afdhal solat bila kenderaan berhenti. Jika kenderaan tidak boleh berhenti seperti kapal terbang, kapal laut, keretapi, bas yg mesti ikut jadualnya, kereta persendirian yg sesak dalam trafik;
A. ambil wudhu (jika air tiada, tayammum debu kenderaan saja)
B. menghadap kiblat (jika tak mampu hadapkan ke mana saja)
C. solat berdiri (kalau tak boleh, solat duduk).

Tak perlu ulang solat dalam kenderaan. Seriously, takde istilah solat hormat waktu. Aku tanya pak arab, depa kata takdak. Aku tanya indon, depa pun kata tak wujud. Ulama mat saleh pun tak pernah buat. Shi'ah bid'ah pun tak buat. So dari mana datangnya solat hormat waktu ni wallahualam.
Ibadat itu sepatutnya dimudahkan bukan disusahkan. Yakin dan sangka baiklah dengan Allah, bahawasanya anda telah lakukan yg terbaik utk beribadat walau dalam kesukaran. Iman anda tidak dipersiakan (Quran 2:143)

PS: Nawaitu saya semoga dapat memberi inspirasi dan pengajaran kepada semua supaya mendirikan sembahyang di mana ceruk dunia sekalipun. Semoga saya tidak riak.



Sumber: OhMedia



Takkan Baca je? Comment La Sikit..