Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis

Ada unsur jenayah dalam kes kereta rentung di ladang kelapa sawit - Polis
Polis sedang menjalankan siasatan jika kemungkinan kenderaan berkenaan milik bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
HUTAN MELINTANG: Polis mengesahkan terdapat unsur jenayah dalam kes kereta rentung yang ditemukan di ladang sawit dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain walau bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan ia ada kaitan dengan kes kehilangan bekas Timbalan Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.

"Nombor casis enjin telah dikikis malah membawa kereta itu di ladang sawit pun sudah ada unsur pelakuan jenayah," kata Mohd Shuhaily kepada Astro AWANI.

Tambahnya, polis perlu menunggu laporan kimia serta pihak pengeluar kereta untuk mengesahkan komponen kereta tersebut sama ada daripada model keluaran Proton atau Honda.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan penemuan sebuah kereta yang rentung di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak, di sini.

"Kenderaan tersebut ditemui orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis," Mohd Shuhaily ketika mengesahkan penemuan kereta berkenaan pagi ini.

Bagaimanapun, pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

"Akibat impak kebakaran, kenderaan tersebut rentung sepenuhnya, dan pihak forensik gagal mengenal pasti nombor casis, sehubungan itu pihak kami masih lagi cuba mencari kaedah lain untuk mengenal pasti kenderaan terbabit," jelasnya.

Siasatan awal juga tidak menemui kesan lain dalam kenderaan itu.

"Tiada mayat ditemui, hanya kereta sahaja," jelas Mohd Shuhaily.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Sidang media berkenaan penemuan kenderaan itu dijangka diadakan sekitar 3 petang ini.

Apakah Penyebab Harga Pasaran Saham Dunia Menurun?

Dow Jones Industrial Average jatuh lebih daripada 1,000 mata pada waktu pagi apabila pasaran saham di seluruh dunia jatuh teruk pada Isnin lepas untuk hari kedua perdagangan berturut-turut. Kini, ia pulih sedikit dan berada hanya 475 mata ke bawah.
Jadi, apakah sebenarnya yang telah berlaku sehingga menyebabkan mata pasaran saham sedunia turun naik?
Sebenarnya agak mustahil untuk menyatakan sebab yang tepat apabila pasaran naik atau turun pada hari-hari yang berlainan. Tetapi terdapat dua faktor utama yang mungkin menyumbang kepada jualan semasa secara besar-besaran iaitu China dan ekosistem harga saham (“what goes up must come down”).

1. China
Apa yang berlaku di China, warga dunia akan turut mengalami implikasinya. Itulah yang menyebabkan keadaan negara China mampu mempengaruhi jatuh bangun harga saham dunia.
Ekonomi negara China telah menerima bantuan (analogi chugging: menahan orang yang lalu-lalang dengan tujuan meminta derma untuk sesebuah badan kebajikan) bersama selama bertahun-tahun pada kadar pertumbuhan sebanyak 7% atau lebih. Namun begitu, kerajaan China mendapati data prestasi ekonomi terbaru adalah lebih lemah daripada jangkaan. Ini menyebabkan kerajaan China terpaksa campur tangan dengan cara menjatuhkan nilai mata wangnya, yuan, untuk menyokong pertumbuhan. Kesannya, pelabur-pelabur yang menjangkakan ekonomi China untuk terus naik menjadi takut. Dan kerana pasaran global begitu saling berkaitan antara sesebuah negara, terutama dengan Amerika Syarikat dan Eropah yang bergantung kepada produk-produk China dan kuasa pelaburannya menyebabkan apa yang berlaku di China boleh memberi kesan kepada pasaran saham di luar negara juga.
2. Ekosistem harga saham (“apa saja yang naik mesti akan turun”)
Kedua-dua pasaran saham China dan Amerika Syarikat mengalami peningkatan cepat harga stok untuk sementara waktu. China naik kerana dikuasakan oleh sebahagian pelabur runcit yang tidak sofistikated dan Amerika Syarikat pula kerana data ekonomi yang menggalakkan dan peningkatan dalam saham teknologi.
Pemerhati telah memberi amaran berhubung dengan “pembetulan” yang tidak dapat dielakkan untuk sementara waktu. Tiada siapa tahu mengapa “pembetulan” dilakukan pada waktu ini. Tetapi kadang-kala ia disebabkan oleh semua pelabur berasa cemas gara-gara satu sentakan awal yang menakutkan atau keadaan panik boleh berlaku dengan sendirinya apabila tercipta kebimbangan di dalam sistem.
Walaubagaimanapun, naik atau turun harga pasaran saham kerana disebabkan oleh sesuatu, ada pihak yang mengambil peluang untuk membeli stok-stok saham pada harga rendah terutama di kalangan pelabur muda.

Penjelasan Kenapa Rosmah Dapat Layanan "Istimewa" Dipakaian Kasut


Berikutan satu video yang memaparkan Rosmah Mansor dipakaian kasut ibarat cerita dongeng Cinderella menjadi viral di Internet, Datuk Rizal Mansor, Pegawai kepada isteri Perdana Menteri tampil memberikan jawapan.

"Lutut tak berapa nak kuat... tak boleh nak tunduk...", kata beliau.

Tambah Rizal, Rosmah bukan lagi seorang wanita muda dan dia memerlukan bantuan untuk memakai kasut memandangkan usianya yang sudah mencecah 64 tahun.

"Kalau isteri PM (perdana menteri) itu umur 25 tahun kena pakaikan kasut sebegitu, bolehlah mu nak pelik, ini umur dah 64 tahun," kata Rizal memetik Facebook miliknya.

Rizal juga bertindak menempelak individu yang merakam video dengan berkata individu terbabit kurang kasih sayang dan tak pernah melakukan perkara sama terhadap ibunya.

"Yang jadi isu bila orang yang rekod video ini kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke, makcik dia ke, nenek dia ke.

Bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak, ini adalah sesuatu yang biasa," kata Rizal lagi.

Najib Di Ambang Kejatuhan .. The Wall Street Journal Pertahankan Laporannya Mengenai.........


WSJ: Kami amat berhati-hati, percayalah 

Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Malah agensi berita itu juga berkata, artikel berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib. 

Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.

"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.

"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.

Selain itu, Najib melalui setiausaha politiknya semalam telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Sehubungan itu, Brown berkata WSJ tetap mempertahankan laporan mereka.

"Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.

"Ia adalah satu berita yang penting dan kami mengambil perkara ini dengan serius. -mk

"Setiap kali anda melihat pemimpin negara yang telah [...] sekurang-kurangnya bukti itu menunjukkan aliran wang ke akaun peribadi beliau dan ia melibatkan urusan kerajaan, ia sangat dramatik," katanya lagi.


Berapa banyak cukai Najib, 1MDB, Jho Low bayar, soal Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri menyiasat cukai yang dibayar individu berprofil tinggi tertentu, termasuk perdana menteri, eksekutif di 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam posting terbaru di blog popularnya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, kebelakangan ini, wujud elemen selektiviti dalam tumpuan "orang lembaga cukai."

Katanya, manakala eksekutif dalam syarikat pelaburan strategik negara 1MDB dibayar gaji yang tinggi, Datuk Seri Najib Razak tidak dibayar apa-apa sebagai penasihat kepada 1MDB.

Tetapi menegaskan, kerajaan membayar elaun, termasuk bagi bil utiliti dan pengangkutan, kepada perdana menteri.

Beliau berkata dengan cara ini, semua gaji perdana menteri, walaupun lebih rendah daripada eksekutif perniagaan, boleh jadi disimpan dan dibelanjakan.

"Tetapi, gaya hidup mewah mesti besar belanjanya. Ia tentunya lebih daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan.

"Memanglah, ia rahsia. Tetapi saya ingin bertanya, adakah orang lembaga cukai menyiasat sumber wang dan cukai yang dibayar?" soalnya.

Beliau berkata, setiap orang yang perlu disiasat mesti disiasat dan menurutnya, di Malaysia, Raja-Raja pun tertakluk kepada undang-undang tertentu.

"Kita mesti sama rata di sisi undang-undang dan kita perlu dilihat sama rata. Setiap orang yang perlu disiasat oleh agensi kerajaan perlu disiasat.

"Tidak boleh ada diskriminasi," katanya.

Dr Mahathir berkata, Low juga membeli rumah pangsa mewah di New York dan Hollywood, dan mempersoalkan dari mana beliau dapat wang beratus juta untuk membeli hartanah itu.

"Adakah dia membayar cukainya?

"Dia juga membeli sebuah bank pada harga AS$260 juta. Dari mana dia dapat wang itu? Adakah ia dipinjam? Adakah dia jual bank itu dan bayar cukai atas keuntungan yang diperolehi?" soalnya.

Posting Dr Mahathir dibuat beberapa jam selepas timbul dakwaan oleh akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Perkara sama turut dilaporkan Sarawak Report, yang dikatakan dapatan dari siasatan ke atas 1MDB yang dijalankan kerajaan.

Dr Mahathir juga mempersoalkan perbelanjaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang dilaporkan membelanjakan ratusan juta dolar membeli kediaman mewah di London, New York dan Hollywood.

Katanya, Riza juga membelanjakan berjuta-juta membiayai filem Hollywood "The Wolf of Wall Street".

Dr Mahathir berkata, apabila Jabatan Perdana Menteri berkata kekayaan Najib itu diwarisi dari keluarganya, ia dibantah adik-adik Najib.

Katanya, Tun Abdul Razak bukan seorang yang kaya dan tidak meninggalkan ratusan juta ringgit untuk keluarganya.

"Jadi, dari mana datangnya wang itu?" soal Dr Mahathir.

Katanya, ia kemudian didakwa diperolehi dari perniagaan.

"Jika dia buat begitu banyak duit dari perniagaan, tentu dia bayar cukai pendapatan. Adakah orang lembaga cukai datang menyiasatnya berhubung keuntungan perniagaannya?

"Berapa banyak cukai dia bayar? Memanglah ia rahsia. Tetapi saya harap ia bukan hendak melindungi sesuatu," tulis Dr Mahathir.

1MDB kini menjadi subjek inkuiri beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikritik teruk beberapa bulan kebelakangan ini kerana beberapa isu, termasuk 1MDB yang mengumpulkan hutang RM42 bilion selepas hanya enam tahun beroperasi.
-TMI


          SUMBER