Sekumpulan arkeologi China menemui lebih dari 80 tengkorak yang dianggarkan milik 80 wanita yang dijadikan korban 4 Millennium lalu. Tengkorak ini ditemui di Runtuhan Shimao, berhampiran bandar zaman batu, di Shaanxi, China.
Dipetik dari Daily Mail, semasa penggalian ditemui adanya tengkorak dari para wanita ini. Maka, kemungkinan wanita-wanita malang tersebut adalah korban dari persembahan yang dilakukan orang nenek moyang mereka pada masa lalu.
Ahli arkeologi percaya bahawa tengkorak ini kemungkinan mempunyai kaitan dengan pembangunan tembok bandar yang berdiri pada masa neolitikum atau zaman batu baru tersebut. Memang, pada semasa itu, pengorbanan manusia masih sering dilakukan sebelum masyarakat membina sesuatu seperti bandar baru.
"Perkuburan dalam jumlah besar ini mungkin berkaitan dengan upacara penubuhan bandar," kata Sun Zhouyong, wakil dari Shaanxi Provincial Institute of Archaeology.
Para korban persembahan ini berkemungkinan juga bukan berasal dari penduduk sendiri. Boleh jadi masyarakat pada masa itu melakukan penculikkan pada etnik lain dan menjadikan perempuan sebagai tawanannya.
Di China, manusia masa lampau memang sering mengorbankan sesama sendiri untuk mengadakan sebuah upacara suci. Raja-raja dan maharaja yang meninggal biasanya ditanam bersama para pelayan dan gundik mereka yang masih hidup.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..