Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa

Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa | Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke 63 dari keluarga kerajaan Abu Dhabi sang jutawan, telah membuat namanya dalam huruf besar dua batu dan lebar setengah batu. Tulisan / grafiti itu begitu besar yang dapat dilihat dari luar angkasa (boleh dilihat dari Google Earth). Ujung “H” mencapai ke selat yang mengarah ke Teluk Arab, Hamad membuat dua huruf pertama dari namanya berjaya mengalirkan air.
2
1
Dan inilah rupa mamat yang bernama Hamad tu……. apa pendapat anda?
3
Sumber: KisahBest

Inilah Yang Terjadi Apabila Ikan Berkaki Ini Digoreng dan Dimakan

Inilah Yang Terjadi Apabila Ikan Berkaki Ini Digoreng dan Dimakan | Apabila berbicara tentang ikan berkaki ini, admin Kisah Best tidak boleh nak lari dari mengingat tentang kisah ikan tembakul. Ikan tembakul merupakan spesis ikan yang berkaki. Adakah ikan berkaki ini ada kena mengena dengan ikan tembakul. Mungkin. Tetapi hakikatnya, ikan berkaki ini bernama Axolotl. Dalam kisah ini Axototl telah digoreng dan dimakan oleh seorang wanita warganegara Jepun di Osaka. Apa yang terjadi? Sedap ke ikan berkaki ni?
1
2
3
4
5
6
7
8

Seram! Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang

eram! Misteri Nenek Kebayan Di Gunung Ledang | Sebut sahaja Gunung Ledang, sudah pasti tergambar betapa cantiknya kawasan di situ yang kaya dengan spesis tumbuhan. Kawasan ini juga dikaitkan denganlagenda Puteri Gunung Ledang. Namun begitu KisahBest.My bukan mahu bercerita tentang si puteri ini, akan tetapi tentang pengalaman seorang lelaki yang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Lelaki ini telah terserempak dengan seorang Nenek Kebayan pada waktu senja. Sejak daripada itu, dirinya sering meracau tidak tentu hala. Mengapa ini terjadi?
gunung
Kisahnya lebih kurang pada tahun 1993 atau 1994 saya kurang pasti, ada seorang pemuda ni pelajar universiti di johor ada membuat aktiviti luar bersama siswa-siswa universiti tersebut untuk menjelajah gunung ledang dan berkhemah di sana untuk bermalam.
Tiba pada masa yang dijanjikan untuk jungle trekking seperti biasalah mereka berangkat ke sana dan masing-masing ada partner untuk melakukan sebarang aktiviti di gunung ledang. Setiba si pemuda ni di sana mestilah dia rasa gembira, teruja melihat keindahan gunung ledang yang semula jadi cantik berbanding gunung-gunung lain di malaysia. Gunung ledang juga antara gunung yang menjadi no. 1 yang kaya dengan lagenda yang tersendiri sejak dari dahulu kala.
Baik, kita berbalik pada cerita si pemuda tadi. Hampir sehari suntuk dia dan teman-teman yang lain menjelajah hutan, mendaki gunung melalui sungai, memasak makanan sendiri, games misi mencari harta karun dan sebagainya. Hari semakin senja, matahari semakin terbenam dan benar-benar senja. Semasa si pemuda dan teman-teman yang lain menyusuri hutan dan semak-samun, mata si pemuda seimbas lalu terlihat seorang nenek kebayan tidak jauh dari kumpulan mereka. Tidak silap saya kata si pemuda ni dia nampak susuk tubuh nenek kebayan itu dari belakang. Mujur juga tidak nampak dari depan entah bagaimana rupa dia.
Sebaik sahaja si pemuda melihat nenek kebayan yang berjalan pergi ke semak-semak itu, terlintas di dalam hati “apa orang tua tu buat senja-senja ni?” Tidak lama kemudian si pemuda sudah tidak nampak kelibat nenek kebayan itu lagi. Setelah tamat perkhemahan mereka selama 2 hari keesokan harinya kumpulan si pemuda bersama teman-temannya berangkat ke kampus untuk kuliah seperti biasa. Pada malam itu juga sesuatu yang aneh berlaku pada si pemuda itu. Kawan-kawan sebiliknya merasa pelik dengan kelakuan si pemuda yang mengurungkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercampur orang. Hanya diam dan termenung sahaja di dalam bilik tanpa sebab. Semakin lama kawan sebilik si pemuda itu merasa tingkah laku si pemuda itu berlainan. Macam kebingungan dan terpinga-pinga. Malam semakin larut dan si pemuda masih tidak tidur lagi.
Tidak lama kemudian lebih kurang jam 3 pagi, terdengar bunyi cermin berderai. Kawan-kawan di bilik dan jiran mereka turut terkejut mendengar bunyi benda pecah. Sebaik bangun kawan sebilik si pemuda melihat si pemuda ini telah memecahkan kepingan-kepingan kaca tingkap di bilik mereka. Si pemuda dengan tidak sedarkan diri seperti dirasuk meronta-ronta ingin terjun tingkap. Segera mereka menahan si pemuda dari terus terjun tingkap dan mengamuk. Istilah sekarang dipanggil histeria, begitulah yang di alami si pemuda. Segera kawan sebiliknya memanggil warden asrama dan memanggil pensyarah yang arif dalam bidang histeria untuk membantu si pemuda yang tidak sedarkan diri itu. Setelah ustaz atau pensyarah yang berkaitan datang dan meredakan si pemuda dari kerasukan, kelihatan si pemuda ini perlu diubati atau dicutikan untuk pulang berubat.
Apa yang diperhatikan benda yang merasuk di dalam tubuh si pemuda gagal dikeluarkan dan amat ganas. Hanya mampu ditundukkan buat sementara waktu sahaja. Tidak lama kemudian pihak universiti menghubungi keluarga si pemuda dan meminta mereka menjemput anak mereka pulang untuk diubati baru meneruskan pengajian seperti biasa. Diringkaskan cerita sebaik sahaja pulang di rumah perkara sama diulangi oleh si pemuda. Dia seakan-akan dirasuk oleh sesuatu yang membuatkan dirinya melakukan kekecohan. Habis tingkap di rumah keluarganya dipecahkan satu persatu. Tingkap dapur dan tidak lama selepas itu tingkap di bilik air. Kemudian menjerit-jerit meminta tolong.
Apa yang anehnya tangan yang digunakan untuk pecahkan kaca-kaca tingkap tidak luka dan berdarah. Memang sesuatu yang jika difikirkan dengan fikiran waras hakikatnya mesti berdarah dan cedera. Seperti kebal pula langsung tidak luka malah si pemuda tidak merasa sakit. Mungkin begitulah yang akan terjadi setelah ada makhluk lain di dalam badan manusia. Bila melihat situasi yang serius ini, ayah si pemuda segera memasung anaknya yang kerasukan itu dengan tali dan ikat tangan dan kakinya. Kasihan sungguh melihat apa yang berlaku. Tiada ibu atau ayah yang ingin menyakiti anak sendiri tapi dalam kes ini terpaksa diikat dulu untuk keselamatan semua pihak.
Ayah dan ibu si pemuda mencari jalan keluar untuk memulihkan anak mereka. Setelah mereka mendapat tahu ada seorang tukang ubat yang boleh mengubati anaknya segera mereka bawa. Malangnya tidak berjaya malah semakin mengganas reaksi si pemuda seolah-olah tidak takut diubatkan. Begitulah kesnya ramai juga yang cuba ubatkan tapi gagal. Yang terakhir setelah melalui jalan buntu, ibu dan ayah pemuda mendengar khabar ada seorang kiyai yang boleh mengubati penyakit-penyakit ganjil yang pelik. Setelah dibawa berubat Alhamdulillah menampakkan kesan positif dan sifat si pemuda yang sering mengganas bertukar sedikit demi sedikit lembut dan tidak berkasar. Cuma kelakuannya masih keanak-anakan dan separuh sedar.
Setahu saya sepanjang keluarganya menjaga si pemuda ini, ianya berlaku di bulan yang berkat iaitu ramadhan bulan umat islam berpuasa. Kejadian itu berlarutan sehingga syawal sambil mendengar takbir raya. Cukup sedih dan syahdu mana tidaknya semua menyambut raya dengan gembira tapi mereka dalam keadaan berduka dengan anak yang masih separuh pulih. Ada yang menyarankan untuk di bawa ke hospital orang sakit jiwa sahaja kerana sudah tidak boleh dikawal lagi. Orang sekeliling memandangnya seperti orang gila. Siang hari berjalan kaki seorang pergi ke kedai dengan tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek. Jalan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dan tidak hiraukan orang yang hon kereta dengar cerita. Nasib tidak berlaku kemalangan.
Di ringkaskan lagi cerita ini, si pemuda yang sakit dirasuk oleh sesuatu yang tidak tahu dari mana puncanya pulih setelah menjalani susulan perubatan dengan kiyai yang mengubatinya. Si pemuda tidak lama itu menghabiskan pengajiannya dan tamat mendapat ijazah sarjana muda. Syukur pada Allah masa depannya cerah dan berjaya menjadi pegawai kerajaan yang disegani dan dihormati. Siapa sangka dahulu jika dilihat akan mengatakan dia orang gila dan patut berada di hospital gila atau tanjung rambutan sekarang telah menjadi orang yang berjawatan tinggi. Ini semua berkat kesabaran ibu dan ayah serta keluarga yang membantu memulihkan anaknya.
Jika ikut kajian juga setahu saya, peratusan orang gila yang jika diperdengarkan selalu dengan ayat suci Al-quran akan pulih dari sakitnya. Berbalik pada tajuk kita misteri nenek kebayan gunung ledang tadi. Sehingga sekarang masih tidak dapat dirungkaikan apa kaitan nenek kebayan yang dilihat di gunung ledang dengan si pemuda itu. Yang pasti selepas kejadian melihat nenek kebayan itu telah berlaku perkara misteri dalam hidup si pemuda. Adakah nenek itu sejenis jin ifrit yang merasuk atau jin baik? Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang saya dengar jin islam memang tidak boleh merasuk tubuh manusia kerana itulah perjanjiannya.
Sumber: KisahBest

Tren Pelik Lelaki Di Nigeria Yang Pasti Buat Anda Rasa Lucu

Bibir merah untuk wanita, mungkin sudah biasa, Tapi bagaimana dengan tatu bibir merah muda untuk lelaki? Tatu bibir merah muda ketika ini menjadi syarat keindahan yang popular di salah satu Negara di Afrika iaitu Nigeria. Sebab utama pekara ini adalah, adanya pendapat wanita yang melihat lelaki yang mempunyai bibir merah muda lebih menarik daripada yang tidak. Seseorang wartawan menceritakan: Suatu hari, seseorang telah email saya menghantar link ke video seorang lelaki Nigeria yang menato bibirnya menjadi merah muda ". Jujur, saya fikir itu hanya kes terpencil, bahawa seorang lelaki hanya mahu menjadi berbeza, seperti gadis yang menato dahinya dengan nama 'Drake'.

Tetapi pekara itu membuatnya tertarik, dan melakukan penyelidikan dalam talian, nampaknya itu benar-benar adalah trend di kalangan lelaki Nigeria. Menurut battabox.com, dokumentasi dalam video pendek tersebut terdapat lelaki muda membayar kira-kira 7,000 naira nigeria ($ 45) untuk membersihkan bibir hitamnya dari kelebihan kulit lalu ditato dengan cat merah muda untuk membuat lebih cerah. Walaupun orang dalam video tersebut tidak menunjukkan ada tanda-tanda sakit, menato di kawasan sensitif seperti bibir boleh jadi menyakitkan.

Rupanya, mempunyai bibir merah muda adalah ciri-ciri estetika yang didambakan di Nigeria, dan tatu adalah cara yang paling biasa untuk mencapainya. Hasilnya boleh menjadi kekal, tetapi menurut "Nigerian Best Forum", hal ini juga mempunyai sejumlah kerugian. Pertama, mempunyai rasa sakit yang berkaitan dengan proses, maka kemungkinan untuk iritasi kulit, serta sensasi sengatan berpanjangan dan keradangan bibir. Jika tidak kena caranya dilakukan, bahkan dapat mengembangkan keloid. Dan tukang tato di video yang tidak memakai sarung tangan getah, risiko jangkitan pun adalah besar. Tetapi, demi sebuah keindahan, orang tetap akan melakukan hal-hal yang aneh. Padahal ada cara yang lebih mudah untuk membuat bibir hitam menjadi merah muda. Iaitu untuk menghilangkan zarah kotoran, minyak, dan sel-sel kulit mati yang terkumpul pada bibir sepanjang hari hanya dengan mencuci bibir menggunakan air mawar atau dengan mencampurkan minyak badam dan jus lemon agar bibir lebih halus dan merah.

            

(Video) Penduduk Miami Gempar Dengan Kemunculan Cahaya Dilangit, Dakwa Ia Adalah UFO


MIAMI: Kehadiran cahaya berbentuk seperti tahi bintang pada awal pagi di langit Cape Canaveral telah mengejutkan orang ramai di mana rata-rata mereka keluar rumah untuk melihat peristiwa pelik ini.

Mereka bertindak merakam kejadian berkenaan yang disifatkan pelik dan ada mendakwa ia adalah kapal UFO dan ada juga mendakwa ia adalah meteor yang melalui ruang angkasa Miami.



Rata-rata mereka merakam kejadian berkenaan dan dimuatnaik ke laman Facebook, Twitter dan Instagram.




Penyebaran video berkenaan merebak dengan pantas ke pengetahuan orang ramai di mana mereka ada antara mereka melahirkan rasa bimbang.

Bagaimanpun akhirnya segala persoalan yang membuatkan penduduk panik itu terjawab apabila pihak berkuasa dengan pantas tampil membuat kenyataan menafikan cahaya berkenaan adalah sebuah pesawat UFO.

Cahaya berkenaan ialah terhasil dari sebuah roket yang dilancarkan pada pagi itu di sebuah tapak pelancar roket berhampiran kawasan tersebut oleh tentera laut US untuk menghantar sebuah satelit komunikasi ke orbit.


Menurut pakar, kejadian ini terjadi kerana pembiasan cahaya terhadap gas yang dihasilkan oleh pergerakan roket Atlas dengan cahaya matahari yang baru menerangi kawasan berkenaan pada pagi itu.


Wap air dan gas-gas dari kanan roket yang bergerak dengan kelajuan tinggi bertindakbalas dengan cahaya matahari berkenaan memang cantik tetapi ia merupakan satu yang baru bagi penduduk menyebabkan suasana panik itu wujud.- Siakapkeli.my


Sumber: Siakap Keli

Burger Warna-Warni di Red Se7en Cafe Pura Kencana, Batu Pahat



“Mak kau hijau!”
Itulah ayat yang terlintas dalam kepala kami selepas terlihat burger yang disediakan oleh restoran ini.
Mana taknya, salah satu daripada menu yang terdapat di restoran ini ialah burger berwarna hijau!
Nama restoran ini ialah Red Se7en Cafe yang terletak di Taman Pura Kencana, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Restoran ini menyediakan pelbagai menu masakan western yang menarik. Menu istimewa mereka ialah Burger Fantastic 4 yang disediakan dengan 4 jenis inti dan warna roti burger yang berbeza.
Ramai pengunjung yang hadir ke restoran ini sejak dibuka pukul 4 petang. Warna yang diguna pakai menghiasi dinding restoran ini adalah warna rasmi Negeri Johor. JDTlah katakan.

Kami pesan dua jenis set burger, satu warna hitam dan satu lagi warna merah. Saja tak mahu ambil warna hijau kerana dah terlalu klise.
Burger hitam merupakan burger beroti panjang yang menggunakan inti frankfurter yang besar dan burger merah pula menggunakan inti ayam. Set burger ini dihidangkan sekali dengan kentang goreng dan kacang panggang. Untuk satu set burger ini berharga RM13.10.
Tiba sahaja kedua-dua menu ini dihadapan kami, memang rasa terkejut sebab burger memang besar dan banyak sos yang meleleh-leleh dicurahkan ke atas inti burger. Rasanya juga sedap, cuma kami tidak merasakan sebarang perisa di roti. Mungkin kerana hanya letakkan pewarna sahaja.





 

Jadi kepada pembaca Vocket yang ingin merasakan burger bewarna-warni ini bolehlah ikuti info di bawah ye.
Nama restoran : Red Se7en Cafe
Alamat : No 1 Jalan Kencana 1A/22 Pura Kencana Sri Gading Batu Pahat Johor, Malaysia (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 4pm -11pm

Penyakit Misteri Buatkan Wanita Ini Kelihatan Pelik

Seorang wanita warga Thailand yang menderita pe-nyakit misteri dengan memiliki dua tangan gergasi yang menyakitkan tidak mempunyai pilihan terpaksa memotong kedua belah tangannya untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.

Akhbar Daily Mail melaporkan, Duangjay Samaksamam, 59, dari wilayah Surin, Thailand dipercayai memiliki tangan paling besar di dunia seberat 9.5 kilogram setiap satu, menderita penyakit yang jarang-jarang berlaku, selain menyebabkan anggota badannya membengkak.

"Tangan saya sangat berat sehingga saya tidak mampu mengangkatnya untuk menyikat dan menyampu rambut. Saya mengalami kesakitan yang amat sangat untuk memakai pakaian.

"Beberapa orang doktor menasihati saya, satu-satunya cara bagi menanga-ni penyakit ini ialah dengan memotong tangan saya supaya saya boleh bergerak bebas. Tapi saya tidak mahu melakukannya," katanya.

Beberapa orang doktor pakar percaya pemilik kedai runcit itu merupakan satu-satunya individu di dunia ini yang menghidap penyakit Macrodystrophia Lipomastosa iaitu penyakit yang menyebabkan tangan membengkak dari bahu hingga ke jari di kedua-dua belah tangan.

Menurut Duangjay, dia pernah menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika dia berusia 25 tahun. Bagaimanapun pembedahan itu bukan sahaja gagal mengubatinya malah menyebabkan keadaannya semakin buruk.

Kerana malu dengan keadaan yang dialaminya, Duanjay menghabiskan masa selama 20 tahun `berkurung' di dalam rumah dan tidak pernah bersekolah.

Namun, Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang kini telah uzur.

Keadaan yang dialami Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan, namun gagal.

10 Perkataan English Yang Telah Di Melayukan, Tetapi Mat Salleh Pun Takkan Faham!

Bermula dari kedatangan British ke Tanah Melayu suatu masa dahulu, Bahasa Inggeris sudah banyak dikuasai oleh rakyat Malaysia. Dari Zaman ke zaman yang lain, Bahasa Inggeris semakin sebati dengan rakyat Malaysia sehinggakan Mat Salleh pun takkan faham dengan Bahasa English yang kita.
Berikut kami kongsikan 10 perkataan Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia, dimana maksud sebenarnya jauh panggang dari api. Hehe.
1. Tackle
English : Menangani, Menggasak      >     Manglish : Mengorat
oaa
2. Chop
English : Cincang    >    Manglish : Rubber stamp
oaa
3. Budget
English : Belanjawan    >    Manglish : Contoh ayat “Bajet laaa..”
oaa
4. Action
English : Tindakan / Perbuatan / Langkah / Aksi / Pergerakan    >    Manglish : Berlagak
oaa
5. Blurred
English : Kabur, Samar-samar    >    Manglish : Bingung
oaa
6. Sound
English : Bunyi    >    Manglish : Marah
oaa
7. Slumber
English : Tidur    >    Manglish : Bersahaja
oaa
8. Cable
English : Kabel    >    Manglish : “Orang dalam”
oaa
9. Terror
English : Ketakutan    >    Manglish : Hebat
oaa
10. Spender
English : Orang yang berbelanja    >    Manglish : Seluar dalam
oaa

Disebalik Kejelitaan Gadis Ini Ada Suatu Rahsia Yang Anda Mahu Tahu (3 Gambar)

Manusia sememangnya memiliki sifat yang sentiasa mencari kesempurnaan diri sehingga ada yang sanggup mengubah rupa asal hinggakan menjadi sesuatu yang mengejutkan.
Yang pasti ‘wanita’ ini telah berusaha sehabis mungkin untuk memuaskan hatinya demi mencapai impian yang dihajati.
2

Berita mengenai gadis comel ini tercetus apabila sekeping gambarnya telah tersebar di laman sosial Thailand, apa yang mengejutkan adalah disebalik kejelitaan yang dimiliki dia turut berkongsi gambarnya ketika bergelar seorang lelaki suatu ketika dulu.
2

2
Di Thailand, pembedahan plastik telah menjadi trend sejak dulu lagi, kebanyakan lelaki disana gemar mengubah diri mereka sepenuhnya menjadi wanita semata-mata ingin bergelar model dan menyertai pertandingan Ratu Transgender yang dianjurkan saban tahun di negara itu.
Jadi, berhati-hati jika anda berkunjung ke Thailand!
Sumber: HarianBlogger

10 Perkara Pelik Yang Dirakam Oleh Google Street View

2
Google Street View adalah salah satu aplikasi oleh Google yang membenarkan pengguna melihat imej gambar berkenaan. Memetik entri dari sebuah laman blog, kami kongsikan kepada anda apakah perkara pelik yang berjaya dirakam oleh Google Street View ini?
Ikuti sepenuhnya di bawah:
1. Sekumpulan orang berbaris di tempat pejalan kaki dan sedang memakai topeng burung merpati. “Burung merpati” tersebut merupakan penulis bagi sebuah portal lawak di Tokyo, Jepun.
2

2. Seorang lelaki di sebuah rumah di Detroit mengacukan senapang ke arah kenderaan Street View. Beberapa bulan sebelum itu, seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dijumpai di rumah yang sama.
2

3. Seorang bayi dilihat ditinggalkan bersendirian berdekatan butik Gucci. Tidak kelihatan orang dewasa disekitar bayi berkenaan. Imej bayi berkenaan dirakam di Taiwan.
2

4. Ikon Top Gear, The Stig dilihat sedang berdiri sebuah tasik di Loch Ness, Scotland. Dilaporkan ianya adalah untuk mempromosi sebuah buku bertajuk “Where’s Stig?”
2

5. Seorang lelaki warga Mexico dirakam sedang bersembunyi disebalik hutan dan sedang memakai topeng gas. Kenderaan Google berjaya merakam imej lelaki berkenaan pada tahun 2012.
2


6. Seorang lelaki di Jerman yang sedang berbogel keluar dari boot kereta beliau. Dikesan selepas beberapa minggu Street View dilancarkan, pihak Google dengan pantas memadam imej berkenaan.
2

7. Pada tahun 2009, Waldo telah dijumpai menggunakan Street View di Putney, London. Waldo sebenarnya adalah satu pertandingan untuk meraikan pelancaran Google Street View.
2

8. Seekor penguin dilihat sedang ditunda oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal jenis Penny Farthing. Bagaimanapun, penguin tersebut adalah mainan dan digunakan untuk mengimbang basikal juara Penny Farthing, Nicky Armstrong.
2

9. Google Street View berjaya merakam seorang pengedar dadah yang sedang berurus niaga di tepi jalan di Brooklyn. Pengedar dadah tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis dan mereka menjumpai heroin, ganja dan peralatan menghisap dadah.
2

10. Seorang pelacur dan pelanggannya berjaya dirakam ketika sedang melakukan aksi tidak bermoral itu disebuah lorong di Manchester, England. Imej itu bagaimanapun dipadam oleh Google setelah menerima aduan dari orang ramai.
2
Apakah pula perkara pelik yang dijumpai apabila kita menggunakan Google Street View Malaysia?
Sumber: HarianBlogger