Burger Warna-Warni di Red Se7en Cafe Pura Kencana, Batu Pahat



“Mak kau hijau!”
Itulah ayat yang terlintas dalam kepala kami selepas terlihat burger yang disediakan oleh restoran ini.
Mana taknya, salah satu daripada menu yang terdapat di restoran ini ialah burger berwarna hijau!
Nama restoran ini ialah Red Se7en Cafe yang terletak di Taman Pura Kencana, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Restoran ini menyediakan pelbagai menu masakan western yang menarik. Menu istimewa mereka ialah Burger Fantastic 4 yang disediakan dengan 4 jenis inti dan warna roti burger yang berbeza.
Ramai pengunjung yang hadir ke restoran ini sejak dibuka pukul 4 petang. Warna yang diguna pakai menghiasi dinding restoran ini adalah warna rasmi Negeri Johor. JDTlah katakan.

Kami pesan dua jenis set burger, satu warna hitam dan satu lagi warna merah. Saja tak mahu ambil warna hijau kerana dah terlalu klise.
Burger hitam merupakan burger beroti panjang yang menggunakan inti frankfurter yang besar dan burger merah pula menggunakan inti ayam. Set burger ini dihidangkan sekali dengan kentang goreng dan kacang panggang. Untuk satu set burger ini berharga RM13.10.
Tiba sahaja kedua-dua menu ini dihadapan kami, memang rasa terkejut sebab burger memang besar dan banyak sos yang meleleh-leleh dicurahkan ke atas inti burger. Rasanya juga sedap, cuma kami tidak merasakan sebarang perisa di roti. Mungkin kerana hanya letakkan pewarna sahaja.





 

Jadi kepada pembaca Vocket yang ingin merasakan burger bewarna-warni ini bolehlah ikuti info di bawah ye.
Nama restoran : Red Se7en Cafe
Alamat : No 1 Jalan Kencana 1A/22 Pura Kencana Sri Gading Batu Pahat Johor, Malaysia (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 4pm -11pm



Takkan Baca je? Comment La Sikit..