Pernahkah anda terfikir apakah hidangan yang dimakan oleh orang kebiasaan di luar negara? Mungkin di sini, kebanyakan rakyat Malaysia makan nasi dan juga banyak menghabiskan masa dimamak tetapi ia perkara yang berbeza di luar sana.
Kami kongsikan beberapa keping gambar tentang perbezaan makanan yang dimakan oleh rakyat marhaen di seluruh dunia. Gambar ini telah diambil oleh jurugambar dari Amerika Syarikat, Peter Menzel. Selain itu, dia juga telah mengeluarkan sebuah buku bergambar dengan tajuk – What I Eat: Around the World in 80 Diets.
Taraf hidup, kerjaya, budaya dan juga sikap menjadikan setiap gambar yang diambil oleh Peter Menzel mempunyai nilai yang berbeza dan keunikan tersendiri. Setiap seorang yang berada di dalam gambar, menunjukkan pengambilan makanan meraka di dalam sehari.
Hidangan seorang model, Mariel Booth (kiri), dan seorang paderi Hindu dari Ujjain, India
Saada Haidar (kiri), seorang suri rumahtangga dari Yemen, dan juga seorang sami di Tibet
Meriah makanan Katherine Navas, seorang pelajar sekolah dari Venezuela
Rokok tetap ada. Conrad Tolby ialah rakyat Amerika Syarikat yang bekerja sebagai pemandu lori jarak jauh
Empunya kedai bakery, Robina Weiser-Linnartz dari Jerman punya hidangan yang dimakan dalam masa sehari
Comel sahaja hidangan Takeshi Masato, seorang ahli Sumo di Jepun
Noolkisaruni Tarakuai adalah isteri ketiga daripada empat isteri ketua di Maasai dan itu adalah hidangannya setiap hari
Meriah betul pembantu kelas, Jill McTighe dari London
Kenapa pereka design makan sikit sangat? Patutlah kurus
Boleh tahan sedap juga hidangan Saleh Abdul Fadlallah, seorang pedagang unta di Egypt
Sumber : Vitdaily
Takkan Baca je? Comment La Sikit..