Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Russia Jemput Syarikat Malaysia Untuk Memasuki Pasaran Halalnya



Russia menjemput syarikat syarikat Malaysia untuk memasuki pasaran halalnya kerana permintaan produk halal di sana semakin berkembang.

Presiden Regions-Russia Association Linar Yakupov berkata pasaran halal negara itu mencatatkan pertumbuhan 100% pada 2014.
“Kami berminat untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat Malaysia dan pihak yang terlibat dalam industri halal untuk membina pusat pengeluaran dan pengedaran di Russia,” katanya kepada wartawan.
Russia mempunyai populasi Muslim melebihi 20 juta.
“Terdapat permintaan yang tinggi di Russia daripada komuniti Muslim begitu juga dengan populasi bukan Muslim. Oleh itu kami berminat untuk bekerjasama dengan syarikat syarikat Malaysia untuk membawa produk produk halal ke negara kami,” Yakupov menambah.
Sementara itu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Dzulkifli Mahmud juga menggesa syarikat syarikat tempatan menjadi lebih berani dan memasuki industri halal di Russia yang menjanjikan pulangan lebih baik di masa hadapan.
Dzulkifli berkata industri halal dijangka menyumbang 5.8% pertumbuhan produk domestik Malaysia tahun ini.
Russia telah dikenal pasti sebagai pengimport produk dan servis halal Malaysia yang paling pesat berkembang di dunia.
Malaysia juga berada di ranking ke-19 destinasi eksport untuk produk halal dengan nilai RM385.05 juta pada 2014, meningkat sebanyak 34.2% dari tahun sebelumnya.
Tahun lepas, jumlah trade Russia-Malaysia mencatatkan angka US$2.8 billion, meningkat 55.2% daripada US$1.81 billion pada 2013.

Burger Warna-Warni di Red Se7en Cafe Pura Kencana, Batu Pahat



“Mak kau hijau!”
Itulah ayat yang terlintas dalam kepala kami selepas terlihat burger yang disediakan oleh restoran ini.
Mana taknya, salah satu daripada menu yang terdapat di restoran ini ialah burger berwarna hijau!
Nama restoran ini ialah Red Se7en Cafe yang terletak di Taman Pura Kencana, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Restoran ini menyediakan pelbagai menu masakan western yang menarik. Menu istimewa mereka ialah Burger Fantastic 4 yang disediakan dengan 4 jenis inti dan warna roti burger yang berbeza.
Ramai pengunjung yang hadir ke restoran ini sejak dibuka pukul 4 petang. Warna yang diguna pakai menghiasi dinding restoran ini adalah warna rasmi Negeri Johor. JDTlah katakan.

Kami pesan dua jenis set burger, satu warna hitam dan satu lagi warna merah. Saja tak mahu ambil warna hijau kerana dah terlalu klise.
Burger hitam merupakan burger beroti panjang yang menggunakan inti frankfurter yang besar dan burger merah pula menggunakan inti ayam. Set burger ini dihidangkan sekali dengan kentang goreng dan kacang panggang. Untuk satu set burger ini berharga RM13.10.
Tiba sahaja kedua-dua menu ini dihadapan kami, memang rasa terkejut sebab burger memang besar dan banyak sos yang meleleh-leleh dicurahkan ke atas inti burger. Rasanya juga sedap, cuma kami tidak merasakan sebarang perisa di roti. Mungkin kerana hanya letakkan pewarna sahaja.





 

Jadi kepada pembaca Vocket yang ingin merasakan burger bewarna-warni ini bolehlah ikuti info di bawah ye.
Nama restoran : Red Se7en Cafe
Alamat : No 1 Jalan Kencana 1A/22 Pura Kencana Sri Gading Batu Pahat Johor, Malaysia (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 4pm -11pm

10 Cara Mudah Mengira Dalam Matematik

math_senangDalam kaedah matematik, sebenarnya ada pelbagai cara mudah untuk mengira hasil darab sesuatu nombor. Kaedah mungkin bertambah kompleks sekiranya nombor yang anda gunakan itu semakin kompleks. Namun untuk mengira hasil darab dalam matematik seharian, ada 10 cara mudah yang boleh kita gunakan tanpa memerlukan kalkulator. Berikut adalah 10 kaedah tersebut:
1. Darab Sifir 11
Kita semua tahu trik ketika mendarabkan nombor dengan 10 – hanya tambah 0 pada belakang hasil nombor tersebut, tetapi adakah anda tahu ada trik yang mudah untuk mendarabkan dua nombor dengan 11? Ini dia:
Ambilkan nombor yang hendak didarabkan dengan 11, bayangkan ada satu ruang antara dua digit nombor berkenaan.(dalam contoh ini kita akan menggunakan nombor 52:
5 2x 11=?
Bayangkan nombor 52 sebagai 5_2
Sekarang tambah dua nombor bersama-sama dan tempatkan mereka di tengah-tengah:
5_ (5 +2) _2 = 5_7_2 = 572
Sekelip mata anda mempunyai jawabannya: 572.
Jika nombor di tengah menjadi 2 digit angka apabila dicampurkan, hanya memasukkan nombor kedua dan tambahkan 1 untuk yang pertama:
Contoh: 99 x 11=?
9_ (9 +9) _9 = 9_18_9
(9 +1) _8_9
10_8_9 = 1089
Cara ini memberi jawaban yang betul setiap masa.
2. Darab persegi cepat
Jika anda perlu persegi 2 digit berakhir dalam 5, anda boleh melakukannya dengan sangat mudah dengan trik ini. Sentiasa tambahkan digit pertama dengan 1, dan kemudian darabkan dengan 2. Akhir sekali letakkan saja 25 dibelakang nombor pertama tadi. Itu sahaja!
Contoh: (25 x 25)
Fikirkan ianya nombor 25 =
(2 +1) x 2) & 25
(3 x 2)_25 = 625
3. Sifir darab 5
Kebanyakan orang menghafal sifir 5 dengan jadual yang sangat mudah, tapi sekiranya angka yang hendak didarabkan dengan 5 semakin kompleks dan bertambah besar, bagaimana cara hendak mengiranya? Trik ini sebenarnya amat mudah untuk dihafal.
Caranya ialah dengan mengambil nombor berkenaan, kemudian dibahagi dengan 2. Jika nombor asal tu no genap (hasil bahagi tanpa baki), tambah saja 0 di belakang hasil tersebut. Jika nombor asal tu nombor ganjil, abaikan bakinya dan tambah 5 pada akhir.
Contoh 1:
Nombor genap 2682
2682 x 5 = ?
(2682 / 2) & tambah 0
2682 / 2 = 1341 (2682 no genap, jadi tambah 0 di belakang)
= 13410
Contoh 2:
Nombor ganjil 5887
5887 x 5=?
5887/2 = 2943 baki 1 (nombor 5887 adalah no ganjil, tentu hasil bahagi ada baki, terus tambahkan 5 di belakang)
= 29435
4. Sifir darab 9
Sifir darab 9 boleh digunakan dengan menggunakan 10 jari anda jika nombor yang hendak didarab itu adalah 10 ke bawah. Anda hanya perlu letakkan ke sepuluh jari anda secara berhadapan dengan mata anda. Jatuhkan jari mengikut nombor apa yang digunakan untuk mendarab dengan 9. Hasilnya ialah, jumlah jari di kiri akan mewakili digit puluh dan jumlah jari di kanan mewakili digit sa. Contohnya 3 x 9 – hanya jatuhkan jari ke-3 dari kiri meninggalkan 2 jari di sebelah kiri (drp jari yang dijatuhkan tadi) dan 7 jari sebelah kanan. Hasilnya ialah 27.
5. Sifir darab 4
Ini adalah trik yang sangat sederhana yang mungkin tampak jelas bagi beberapa orang, tetapi kepada orang lain itu tidak. Caranya adalah dengan hanya darabkan dengan dua, kemudian hasilnya darabkan dengan dua sekali lagi:
58 x 4 = (58 x 2) + (58 x 2) = (116) + (116) = 232
6. Cara Mengira Peratus
Bagaimana mengira kadar 15% drp RM25, di sini adalah cara mudah untuk melakukannya. Gunakan perkadaran 10% (membahagi jumlah dengan 10) – Bagi kadar 5%, gunakan kadar (10%/)
Oleh itu 15% of RM25 = (10% daripada 25) + ((10% daripada 25) / 2)
RM2.50 + RM1.25 = RM3.75
7. Sifir darab yang kompleks
Jika anda mendarab sesuatu nombor yang besar tetapi salah satu nombor tersebut adalah nombor genap, adalah lebih mudah jika anda bahagikan nombor genap tersebut secara berperingkat, dan darab nombor yang satu lagi mengikut faktor yang sama dengan nombor anda bahagi tadi. Contohnya:
32 x 125, adalah sama dengan:
16 x 250 adalah sama dengan:
8 x 500 adalah sama dengan:
4 x 1000 = 4000
8. Membahagi dengan 5
Membagi sejumlah besar oleh lima ini sebenarnya sangat sederhana. Yang anda lakukan adalah kalikan dengan 2 dan memindahkan titik perpuluhan:
Contoh 1: 195/5
Langkah 1: 195 x 2 = 390
Langkah 2: Pindahkan perpuluhan: 39.0 atau hanya 39
Contoh 2: 2978/5
Langkah 1: 2978 x 2 = 5956
Langkah 2: 595.6 (pindahkan perpuluhan)
9. Hasil tolak 1000
Untuk mengurangkan hasil tolak sesuatu nombor daripada 1000, anda boleh menggunakan peraturan asas ini: tolakkan semua angka digit tersebut daripada 9 kecuali nombor terakhir di mana anda tolaknya daripada 10:
Contoh: 1000-648
(nombor yang nak ditolak = 648, di mana no akhir ialah 8)
Jadi 1000
-648
Langkah 1: tolakkan 6 daripada 9 = 3
Langkah 2: tolakkan 4 daripada 9 = 5
Langkah 3: tolakkan 8 daripada 10 = 2
Jawapan: 352
10. Pelbagai Aturan Darab (Cara Mudah)
Sifir darab 5:
Darabkan dengan 10 terlebih dulu, kemudian bahagikan hasilnya dgn 2.
Sifir darab 6:
Darabkan dengan 3 dulu, kemudian darabkan hasilnya dengan 2.
Sifir darab 9:
Darabkan dengan 10 dulu, kemudian hasilnya tolak nombor asal.
Sifir darab 12:
Darabkan dengan 10 dulu, kemudian tambah dua kali jumlah no asalnya.
Sifir Darab lain-lain:
Darab dengan 98:

Kalikan dengan 100 dan kurangkan dua kali jumlah asalnya.
Darab dengan 99:
Kalikan dengan 100 dan kurangkan jumlah nombor asal.

Kenapa Kerajaan Tidak Hapuskan Cukai GST Pada Kad Topup? Ini Sebabnya

2
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kebanyakan pengguna talian prabayar adalah warga asing dan oleh itu tidak perlu mendapat pengecualian GST. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mei, 2015.
Kerajaan hilang hasil cukai RM800 juta jika kad topup tiada GST
Kerajaan bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Shabery berkata, sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing.
“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.
“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
 Putrajaya juga, katanya, bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.
Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun berkata, keputusan akhir hanya dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.
“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.
Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.
“Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.
Najib sebelum ini berkata hanya Shabery layak mengeluarkan kenyataan berhubung isu GST kad prabayar.
“Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja,” kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya.
Di Twitter, Najib turut mengetag akaun Shabery di @shaberyc lalu dijawab olehnya: “@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dgn semua pihak utk dapatkan yg terbaik bagi rakyat dan negara.”
Beberapa pengguna media sosial mempersendakan pertukaran mesej di Twitter antara perdana menteri dan menteri komunikasi itu.
“Benda kecil pun lambat nak selesaikan,” tweet seorang pengguna di akaun @_hafiz.
Seorang lagi menggunakan akaun @MieBird menulis komen: “Baru nak mesyuarat? hmmm.”
Sebelum ini, pihak Kastam mengarahkan syarikat telekomunikasi menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal, iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.
Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa semalam ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata Rabu lepas isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.
Menurut Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra GST itu agak mustahil dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta, kerana kerumitan membuat konfigurasi semula terhadap sistem.