Bayi tangisi nenek kemalangan




Tumpat: Dalam keadaan berlumuran darah, bayi lelaki berusia
setahun hanya mampu meratap pilu di sisi neneknya selepas mereka
terbabit kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, kira-kira
1 petang, hari ini.
Bayi dikenali Mohd Ikram Safuan itu menangis tidak henti sebelum
dibantu orang ramai yang turut menghubungi ambulans tidak lama kemudian.
Neneknya Faridah Hamid, 35, berasal dari Thailand bagaimanapun tidak
sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),
di sini.
Sehingga 8 malam, keluarga mangsa masih belum membuat laporan polis
dan ia disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan
 Marzuki Mat ketika dihubungi.
Bagaimanapun, anak Faridah, Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata,
dia mengetahui kejadian itu pada 5 petang selepas dimaklumkan abang
ipar yang dihubungi pihak hospital.
"Alhamdulillah ibu dan anak saya selamat dan hanya mengalami
kecederaan ringan.
"Mohd Ikram cedera di kepala dan bahu manakala ibu masih mendapatkan
rawatan kecemasan," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, dia tidak mengetahui bagaimana insiden itu berlaku namun,
maklum bahawa ibunya dalam perjalanan dari Tak Bai, Thailand ke
rumahnya di Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 8:16 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54732#sthash.sBqv7ReE.dpuf



Takkan Baca je? Comment La Sikit..