Komputer Apple One (gambar) yang dijual pada harga RM 2.5 juta dalam satu lelongan di Jerman pada tahun 2013 |
Victor Gichun dari Clean Bay Area berkata wanita itu menghantar sebuah kotak buruk yang dijumpai olehnya dari garaj arwah suaminya.
Tetapi, wanita itu tidak mahu mengambil sebarang resit atau meninggalkan sebarang maklumat untuk dihubungi.
Menurut Victor lagi, dia hanya mengetahui kotak itu sebenarnya mempunyai sebuah komputer Apple I (one) seminggu selepas wanita itu menghantarnya.
Menurut laporan dari portal berita The San Jose Mercury News, komputer itu antara satu dari 200 komputer Apple pertama yang dicipta pada tahun 1976.
Victor bagaimanapun telah menjual komputer itu dan mahu membahagikan duit hasil dari jualan tesebut dengan wanita tersebut.
Sebelum ini, model komputer Apple yang sama pernah dijual pada harga tertinggi RM 2.5 juta dalam satu lelongan di Jerman pada tahun 2013.
Komputer ini dijual pada harga US$666 (RM2,435) pada tahun ia mula dikeluarkan. -Siakapkeli.my
Takkan Baca je? Comment La Sikit..