JAKARTA – Gara-gara menghidap sejenis penyakit kulit yang ganjil, seorang budak lelaki berusia 16 tahun digelar ‘Budak Ular’ apabila memiliki tubuh yang dipenuhi sisik seperti reptilia sejak lahir, lapor MailOnline semalam.
Remaja tersebut, Ari Wibowo mendapat gelaran tersebut kerana setiap 41 hari, sisik pada kulitnya akan tertanggal dan diganti dengan sisik baharu seperti proses bersalin kulit yang dialami oleh seekor ular.
Doktor berkata, Ari yang tinggal di sebuah kampung di sini menghidap penyakit erythroderma yang juga dikenali sebagai sindrom lelaki merah menyebabkan kulit di seluruh badan menjadi bersisik dan mengelupas.
Kehidupan Ari didedahkan oleh seorang jurugambar Indonesia, Nurcholis Anhari Lubis yang merakam keadaan remaja itu.
“Ia sangat menyedihkan kerana dia lahir sebagai manusia tidak normal. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, seluruh tubuhnya diselaputi kulit bersisik. Ia kelihatan seperti luka terbakar,” katanya.
Menurutnya, Ari perlu berendam di dalam air setiap sejam dan menyapu kulitnya dengan losen pelembap bagi mengelak kulitnya mengeras. – Agensi
Home » takutnya » DIGELAR BUDAK ULAR KERANA BADAN BERSISIK
Takkan Baca je? Comment La Sikit..