Seorang wanita dari New Jersey, Isabella Tanikumi memfailkan saman terhadap pihak produksi terkenal Hollywood, Disney kerana mendakwa Disney telah menciplak kisah hidup sebenarnya menerusi filem box office, Frozen.
Menerusi saman tersebut Tanikumi menjelaskan Frozen 100 peratus meniru dua buah novel kisah hidupnya yang berjudul Living My Truth dan Yearning of the Heart.
Menurutnya lagi, semua karakter, jalan cerita, plot serta subplots yang terdapat dalam filem itu kesemuanya diciplak menerusi kedua-dua novel yang berlatarkan kisah sebenar kehidupannya sebelum ini.
Dalam tuntutan samannya, Isabella meminta pihak Disney berhenti daripada menjalankan aktiviti jualan serta pemasaran Frozen dalam mana-mana media, selain menuntut bayaran ganti rugi sebanyak USD250 juta (RM814 juta) dan kos guaman.
Pihak Disney sehingga kini dilaporkan masih lagi belum memberikan sebarang penjelasan mahu pun jawapan balas berhubung isu itu.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..