Salah satu makanan yang sihat dan bagus untuk anda berdiet adalah telur.
Namun ramai yang akan membuang telur kuning kerana dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi.
Ya, memang betul tapi jangan pula langsung tak makan kuning telur. Ada banyak sebab mengapa anda perlu makan kuning telur.
1. Kaya nutrisi
Bahagian kuning telur lebih banyak mengandungi nutrisi berbanding putih telur. Hampir 90% zat dan nutrisi terselit dalam kuning telur. Putih telur hanya mengandung protein.
2. Vitamin K
Jarang nak dapat vitamin K menerusi sayur dan buah tetapi anda boleh ‘rebut’ vitamin ini dalam kuning telur. Vitamin ini sangat diperlukan untuk kekuatan tulang dan membantu mencegah osteoporosis.
3. Otak sihat
Kuning telur mempunyai vitamin B-complex yang tinggi, pastinya jika anda makan kuning telur mampu meningkatkan kecerdasan otak. Khasiat ini diperlukan untuk cegah tekanan dan alzheimer.
4. Turunkan berat badan
Jangan terlalu negatif dengan menolak kuning telur kerana tidak mahu gemuk. Kuning telur kaya dengan nutrisi dan dapat meningkatkan energi tubuh walau anda tidak makan banyak, hasilnya anda lebih efektif menggunakan kalori tubuh.
5. Cegah kanser payudara
Untuk wanita, kuning telur adalah ubat pencegah kanser payudara kerana kuning telur kaya dengan vitamin selenium. Nutrisi ini mencegah tumbuhnya sel kanser pada payudara dan mencegah kanser usus besar.
Lepas ni jangan ambil putih telur sahaja dan ambil telur kuning pun jangan berlebihan pula. Makan secukupnya dan tidak lebih daripada 2 biji telur sehari.
SUMBER
SUMBER
Takkan Baca je? Comment La Sikit..