Pasti ramai di antara kita yang cepat rasa haus semasa berpuasa, lebih-lebih lagi sekarang ni musim panas.
Walaupun sedang berpuasa, stamina harus tetap di jaga agar tidak mengalami dehidrasi dan jatuh sakit.
Jadi, bagaimana caranya dan bila waktunya kita perlu meminum air? Ikuti cara mudah ini agar anda tidak mudah rasa haus semasa berpuasa!
Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur
Semasa bersahur, minum sekurang-kurangnya 2 gelas air kosong, dan kurangkan minuman manis untuk mencegah kenaikan berat badan yang drastik semasa bulan puasa.
Makan Buah-buahan
Anda juga boleh cukupkan keperluan cecair pada tubuh anda dengan pengambilan makanan dengan kandungan air yang tinggi, contohnya tembikai, timun, atau buh-buahan lain.
Minum Banyak Ketika Berbuka Bukan Jalannya
Anda memerlukan pengambilan air lebih banyak semasa bersahur, untuk menampung keperluan cecair tubuh badan anda selama berjam-jam lamanya. Minum 8 gelas air ketika berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.
Berbuka Dengan Kurma Dan 2 Gelas Air
Kandungan yang terdapat pada kurma boleh membantu mengembalikan tenaga yang telah hilang selama berpuasa. Dan tentu saja air akan mengganti cecair yang hilang dalam badan anda.
Bawa Air Jika Keluar Malam
Semasa anda keluar malam, misalnya solat Tarawih, bawa air untuk anda meminumnya setiap kali anda rasa haus. Ia akan membantu untuk mencukupi keperluan air dengan cara yang baik.
Minum ketika waktu tidur
Memandangkan kita hanya boleh makan dan minum di waktu malam sahaja, sebelum masuk tidur, bawa air minuman ke dalam bilik dan minum jika anda terjaga dan bangun dari tidur.
SUMBER
SUMBER
Takkan Baca je? Comment La Sikit..