Bas Sekolah Terbabas Ke Loji Najis Gara-Gara Pemandu Tak Tarik Brek Tangan, 1 Maut


SEORANG murid tadika yang baru berusia empat tahun maut selepas van sekolah yang dinaikinya terbabas dan termasuk ke dalam kolam loji kumbahan najis.
Kemalangan itu berlaku di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, menurut laporan bnbbc.my.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Komisioner Mohd Kamsani Abd rahman, mangsa, Allahyarham Muhammad Azri Aqif Azhar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.
Jenazahnya dihantar ke Hospital Skudai untuk dibedah siasat.
Selain mangsa yang maut, lima kanak-kanak lain turut berada dalam van berkenaan dan mengalami kecederaan.
Mereka ialah Nur Aima Abd Razak, 5; Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5; Danial Asyraf Abdullah, 5; Danial Aiman Md Gefri, 6; dan Sakinah Roslan, 5.
Mereka dikejarkan untuk mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan seorang daripada mereka dikatakan kritikal.
Pemandu van dikatakan menghentikan kenderaannya, sebelum keluar mengambil beberapa kanak-kanak lain melintas jalan di tadika berhampiran.
Bagaimanapun, ketika kanak-kanak terbabit sedang masuk ke dalam van, kenderaan berkenaan yang dipercayai tidak ditarik brek tangannya tiba-tiba mengundur lalu melungsur melanggar pagar, sebelum menjunam ke dalam loji kumbahan berdekatan.
Mohd Kamsani turut mengesahkan pemandu van sekolah terbabit, seorang wanita kini ditahan polis  bagi membantu siasatan. 



Takkan Baca je? Comment La Sikit..