VIDEO: Penyanyi K-Pop Tahan Sakit Walau Terjatuh Di Tangga Pentas


Suzy, penyanyi anggota Kumpulan K-Pop, Miss A membuktikan tahap profesional yang tinggi apabila meneruskan nyanyian meskipun tersadung di pentas hingga buku lalinya berdarah.
Kejadian berlaku ketika Suzy menyanyikan lagu Frozen sempena Jelajah Asia kumpulannya di Beijing.
Aksi Suzy ketika menyanyi tidak menampakkan langsung dia sedang menahan kesakitan.
Ia hanya disedari selepas gambar menunjukkan buku lali dan lengannya yang cedera dimuatnaik di laman Twitter versi China, Weibo selepas itu.
Suzy_1397354808_20140412_suzy1 Suzy_1397354809_20140412_suzy2 Suzy_1397354809_20140412_suzy3
Sebenarnya artis yang terjatuh dipentas ketika melakukan persembahan bukanlah perkara asing.
Di Malaysia, Jaclyn Victor pernah terjatuh ketika mengadakan persembahan di pentas AIM pada 2007 namun seperti Suzy, dia turut bertindak profesional meneruskan persembahan. 

Sumber: allkpop.com



Takkan Baca je? Comment La Sikit..