GAMBAR: Wanita Mengandung Bunuh Diri Di Terminal One, Seremban


SEORANG wanita berbangsa Cina dilaporkan maut selepas bertindak membunuh diri dengan terjun dari tempat letak kereta di tingkat enam di Terminal One, Seremban, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, wanita itu, Loh Kwee Moi, 43, dikatakan sedang mengandung.
Perbuatannya sebelum itu disaksikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Sopian, 22, yang kemudiannya menjerit bagi menghalang tindakannya itu.
Bagaimanapun, percubaannya itu tidak berjaya dan wanita itu terus terjun ke bawah.
Punca wanita itu bertindak demikian bagaimanapun tidak dinyatakan dan mayatnya sudah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
Beberapa keping gambar kejadian turut dikongsi menerusi Facebook Daily Traffic Report.
Wanita Bunuh Diri Di Terminal One, Seremban
Wanita Bunuh Diri Di Terminal One, Seremban
Wanita Bunuh Diri Di Terminal One, Seremban



Takkan Baca je? Comment La Sikit..