Video Lelaki Tua Di Langgar Kereta Api Hanya Cedera Ringan

















Sebuah kejadian yang mengejutkan yang berlaku di Republik Czech. Seorang datuk berusia 77 tahun dilanggar Kereta Api. Ajaibnya, dia berjaya selamat dan hanya kehilangan kasutnya.

Lelaki tua yang tidak diketahui namanya tersebut dilanggar namun beberapa saat kemudian dia berdiri dan ketika diperiksa petugas polis ia hanya mengalami luka-luka kecil.

Kejadian mengerikan tersebut dirakam oleh kamera CCTV. Dia sempat berhenti dan membetulkan kasutnya sebelum akhirnya cuba melintasi rel kereta api, walau pun palang sudah turtutup. Selepas dia menyedari Kereta Api kelajuan tinggi datang ke arahnya. Kaki kirinya dilanggar namun tidak luka serius dan hanya sedikit lecet.

Ketika kejadian ada sejumlah pemandu kereta yang hanya melihat kejadian itu namun tidak menolong lelaki tua tersebut. Menurut polis Iva Blanenska Sebkova, lelaki itu sangat beruntung selamat dari kecelakaan mengerikan tersebut. Tapi begitulah potret suram negaranya. Pemandu sama sekali tidak mahu menolong seorang datuk.

             




Takkan Baca je? Comment La Sikit..