SEORANG penunggang motosikal berbangsa India maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Alam Damai, Cheras, sebentar tadi.
Maklumat mengenai kejadian itu dikongsikan menerusi Facebook Daily Traffic Report.
Mangsa dikatakan tidak memberhentikan motosikalnya semasa lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta berkenaan.
Dia maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Berikut disertakan beberapa gambar kejadian:
- MYNEWSHUB.MY
Takkan Baca je? Comment La Sikit..