Jom Lihat Proses Memisahkan Emas Dalam Komputer Lama



















Ramai yang sedia maklum bahawa emas (Aurum, Au) digunakan secara meluas dalam industri pembuatan terutama elektronik dan komputer kerana kebolehannya sebagai konduktor haba dan elektrik yang baik serta menentang pengoksidaan. Emas kebiasaannya dijumpai dalam banyak peralatan komputer seperti pemproses (processor), papan ibu (motherboard), kad memori, dan peranti tambahan yang lain.

Jika anda perasan, ramai yang menawarkan perkhidmatan membeli peralatan elektronik lusuh seperti komputer atau dekoder Astro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan emas yang wujud di dalam peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah mendapatkan emas daripada barang-barang ini tidaklah semudah yang dijangka.

Tom’s Hardware mendedahkan 18 langkah untuk mendapatkan emas daripada barangan komputer terpakai.




















Hanya pin berwarna emas dikeluarkan menggunakan playar.


















Pelbagai bahan kimia digunakan seperti asid sulfurik, chlorine bleach (sodium hypochlorite) dan sodium metabisulfite.









































Emas tulen 0.5595 gram

Nah, ekstrak daripada puluhan keping motherboard akhirnya memberikan anda emas tulen seberat 0.5595 gram yang bernilai USD25. Walaupun dilihat tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan, tetapi anda sebenarnya boleh mendapat sesuatu daripada barangan terbuang. Dalam industri, skala proses adalah lebih besar bermakna lebih banyak emas diperolehi. Anda boleh lihat proses langkah demi langkah jika anda berminat untuk mengekstrak emas daripada barangan elektronik terbuang. - Dairishare




Takkan Baca je? Comment La Sikit..