Kerana gayanya tersebut, Francisco menjadi terkenal di negaranya. Ramai pengunjung yang datang ke barnya untuk bergambar bersamanya. Lelaki berusia 54 tahun ini tidak hanya mengubah gaya beliau menjadi Osama Bin Laden, tetapi juga menukar nama barnya "Barbas" menjadi "Bar do Bin Laden".
Francisco mengatakan bahawa ideanya ini sangat bagus untuk perniagaan. "Kesannya sangat baik untuk bisnesku, sekarang tidak ada lagi yang memanggilku Francisco, tapi Osama Bin Laden," kata Francisco seperti yang dilaporkan oleh Vocativ.
Idea Francisco rupanya berjaya kerana ribuan pengunjung datang ke barnya selain untuk membeli minuman, tapi juga untuk berfoto selfie bersamanya. Bahkan stesen televisyen terkenal Al Jazeera, pernah membuat liputan ke atasnya dan bar yang dikelolanya. Francisco pun pernah diundang di beberapa stesen televisyen di acara variety show.
Walaupun berpenampilan seperti Osama, Francisco mempunyai personaliti yang jauh berbeza dengan Osama Bin Laden. "Saya adalah orang baik-baik, saya juga menentang keganasan," kata Francisco.
SUMBER
Takkan Baca je? Comment La Sikit..