Air tidak dapat dinafikan merupakan sebatian tunjang dalam kehidupan . Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi adalah yang terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai tempat kediaman bagi semua jenis kehidupan , memandangkan planet bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air . 70.9 % permukaan bumi di isi oleh air .
Sebab Kenapa Kita Perlu Minum Air Masak
Kenapa kita perlu minum air masak ? ? Di bawah merupakan antara beberapa sebabnya :
1 . Sumber alkali termurah
Kebanyakan makanan yang diambil seperti nasi , kentang , manisan , makanan yang berlemak dan protein adalah bersifat asid . Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkali akan dapat meneutralkan kembali pH makanan yang diambil .
2 . 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurangnya 3 liter air setiap hari . Air amat penting untuk tubuh kerana darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten . Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin / kekotoran yang terkumpul dalam tubuh manusia ( dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing ) .
3 . Memantapkan kadar metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman , sekaligus dapat mengingkatkan lagi proses pembebasan tenaga .
4 . Pelarut nutrien
Vitamin larut seperti vitamin B kompleks dan vitamin C memerlukan air sebagai pelarut . Air merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan .
5 . Sifar kalori
Tiada sebab kenapa kita tak nak minum air masak kerana air masak langsung tidak mempunyai sebarang kalori .
6 . Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama 6 tahun pada 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati golongan yang minum lebih daripada 5 gelas air masak sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung .
7 . Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50% . Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payu dara .
8 . Menyimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi . Mereka yang kurang minum air masak akan kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas .
9 . Mencegah keletihan dan pening kepala
Kekurangan air dalam badan ( dehydration ) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu mudah keletihan dan pening kepala .
8 . Melembutkan kulit secara semula jadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segar . Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering .
Takkan Baca je? Comment La Sikit..