Ajaib. Seorang bayi tiga bulan yang dibiarkan tidur di samping ibunya yang koma berjaya 'mengejutkan' wanita itu selepas 10 hari berada dalam keadaan tidak sedar.
Peluang Holli Cheung, 36 untuk kembali hidup adalah amat sukar selepas terkena serangan jantung kali kedua pada Januari lalu dan bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan.
Suaminya, Jason yang tidak putus harapan untuk melihat isterinya kembali pulih seperti sedia kala 'digerakkan' dengan bertindak meletakkan anak mereka, Jordan.
Selepas dua jam ibu dan anak itu dibiarkan bersama, jantung Holli kembali berdegup dan situasi itu disambut gembira oleh ahli keluarga mereka.
“Saya seolah-olah boleh mendengar Jordan memberi semangat kepada saya untuk terus hidup. Saya tidak tahu Jordan berada di samping saya sehingga membuka mata, namun saya dapat merasakan kehadirannya.
“Sejak saya masuk hospital, sudah hampir 10 hari saya tidak melihat bayi lelaki saya kerana berada dalam keadaan koma, namun selepas Jordan baring di atas dada saya, jantung saya secara perlahan-lahan menjadi kuat. Saya sangat rindukan anak saya,” katanya
Takkan Baca je? Comment La Sikit..