Peristiwa-Peristiwa Penting Anda Tidak Tahu Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan menjelma lagi. Pelbagai persiapan dari segi mental dan fizikal diperlukan untuk menempuhi bulan yang diberkati ini.

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana setiap mukmin diwajibkan menunaikan puasa sehari semalam selama satu bulan. 

Bulan Ramadhan sememangnya memberi seribu pengertian kepada umat Islam. Di dalam bulan ini tersembunyi satu malam yang paling mulia, iaitu Lailatul Qadar.

Sekiranya seorang mukmin beribadat di malam ini, ia akan digandakan pahalanya bagaikan beribadat seribu tahun. Bergitulah berkatnya malam Lailatul Qadar ini. 

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa peristiwa yang terjadi di Bulan Ramadhan yang memberi seribu pengertian dan kesan psikologi kepada Umat Islam. Antara peristiwa-peristiwa itu adalah: 

1. Turunnya wahyu pertama kepada Rasullulah saw

Peristiwa ini terjadi ketika baginda Rasulullah SAW beribadat di Gua Hira’. Kedatangan Jibrail as amat memeranjatkan Rasullulah. Wahyu pertama ini terkandung dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Alaq. 

Kesan kepada Islam: Rasullulah saw telah dipertemukan pertama kali dengan Jibrail as. Saat ini merupakan detik paling mengujakan bagi umat Islam keseluruhannya kerana ayat ini merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Sejak wahyu pertama ini, Rasullulah SAW kemudiannya telah mendapat banyak lagi wahyu yang kemudiannya dimuatkan di dalam Al-Quran. 

2. 17 Ramadhan 2H: Meletusnya Perang pertama dalam Islam iaitu Perang Badar

Di riwayatkan terjadi pada hari Jumaat 17 Ramadhan 2H. Tentera umat Islam seramai 300 orang manakala tentera kaum Musyrikin Mekah adalah kira-kira 1000 orang.

Dipercayai tentera Islam terpaksa menunggang seekor unta untuk 2 orang. Peperangan berat sebelah ini akhirnya memihak kepada umat Islam.

Antara tokoh Musyrikin Mekah yang gugur adalah Abu Jahal laknatullah. 

Kesan kepada Islam: Islam telah berjaya menghadapi perang yang dianggap hidup dan mati Islam ini dengan jayanya. Sekiranya Islam kalah dalam peperangan ini, sesungguhnya tidak mungkin Islam akan tersebar ke seluruh dunia sepertimana terjadi pada hari ini. Inilah perang yang digelar talian hayat Islam.

3. Ramadhan 5H: Persiapan Perang Khandaq

Perang Khandaq dikenali sedemikian kerana perang ini melibatkan parit-parit yang digali mengelilingi khemah-khemah kaum Muslimin. Pengalian parit ini disyorkan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu, Salman Al-Farisi.

Kerja-kerja penggalian dimulakan pada bulan Ramadhan, 5H. Meskipun berpuasa, ia tidak menjadi halangan kepada mereka. Perang ini akhirnya dimenangi oleh umat Islam pada Bulan Zulkaedah. 

Kesan kepada Islam: Sejak Perang Khandak, Islam telah membentuk perpaduan penuh di kalangan penganutnya. Perang yang berlanjutan selama beberapa bulan ini telah benar-benar menguji iman orang Islam waktu itu. Dengan Rasullulah SAW sebagai pemimpin, para sahabat menghadapi perang ini dengan sabar dan penuh perpaduan.

4. 20 Ramadhan 8H: Pembukaan Kota Mekah (Futhul Mekah

Akhirnya, Mekah berjaya dikuasai oleh Umat Islam pada 20 Ramadhan 8H. Ketika itu, Rasulullah SAW memimpin para sahabat baginda yang seramai 10,000 orang kesemuanya memasuki Mekah.

Diriwayatkan bahawa Rasullulah SAW dan para Sahabat mengenakan sut baju besi yang lengkap sebagai simbol kegagahan dan kekuatan tentera Rasullulah. Batalion Rasullulah SAW itu telah mengentarkan hati seluruh Arab Quraisy yang mana sebelum ini telah banyak membuatkan hati nabi kesayangan kita ini perit dan luka.

Rasullulah pernah dipulau, diusir serta terpaksa berhijrah ke Madinah. Semuanya kerana kejahilan dan kejahatan Musyrikan Quraisy. 

Kesan kepada Islam: Islam telah bertapak kukuh sejak peristiwa ini. Segala berhala dan gambar-gambar di dalam Kaabah telah dimusnahkan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri. Tanah Haram Mekah telah dimuliakan sejak daripada peristiwa Futhul Mekah. 

5. Ramadhan 9H: Penarikan balik daripada Perang Tabuk

Rasullulah SAW menarik balik tenteranya di medan Tabuk kerana tidak mendapati sebarang kelibat tentera Kristian Byzantine di sekitarnya. Perang ini mula meletus apabila Kristian Byzantine ingin meluaskan empayarnya ke Tanah Arab.

Rasullulah telah memimpin sendiri kempen kali ini dengan kekuatan 30,000 orang tentera dengan 10,000 orang adalah tentera berkuda. Diriwayatkan, setiba di Tabuk, tiada langsung kelibat sebarang tentera Rom. Akhirnya Rasullulah SAW menarik balik tenteranya daripada medan Tabuk dan pulang ke Madinah. 

Kesan kepada Islam: Kekuatan mental dan psikologi Umat Islam semakin tinggi. Dikatakan tiada sedikit pun pertumpahan darah berlaku.

Diriwayatkan, Rasullulah SAW telah dimakbulkan doanya apabila Allah SWT telah mengirimkan kira-kira 100,000 orang Malaikat untuk bersiap sedia menghadapi musuh. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk.

Mereka gentar dengan kehadiran seramai 100,000 ‘tentera muslimin’ yang berpakaian serba putih, sasa, tegap dan berbadan besar serta bersedia untuk berperang. Mereka menyangka kelibat 100,000 orang yang menunggu mereka itu adalah tentera muslimin.

Dengan rasa gerun, tentera Kristian Byzantine berundur dari medan perang. Sejak Perang Tabuk, tentera muslimin semakin utuh dan kental. 

6. Ramadhan 92H: Penawanan Andalusia

Tariq Bin Ziyad yang megetuai 12,000 orang tentera Islam berdepan dengan tentera Kristian seramai 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic of Vasigoth. Tariq Bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. 

Beliau berkata: ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid.” 

Tindakan bijak Tariq Bin Ziyad telah memberi motivasi penuh kepada tentera mukmin. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera Kristian pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Bagaimanapun, Tariq Bin Ziyad telah dihukum pancung kerana dipercayai difitnah oleh pembesar bani Umayyah. 

Kesan kepada Islam: Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalusia, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun. 

7. Ramadhan 129H: Kemenangan Abu Muslim Al-Khorasani ke atas dinasti Umayyah

Abu Muslim Al-Khorasani telah memimpin tentera yang memihak kepada keluarga Abbas untuk melakukan revolusi ke atas dinasti Umayyah. Revolusi mula tercetus apabila kemangkatan Khalifah Umayyah, Hashim Ibnu Al-Malik.

Kemenangan Abu Muslim telah menyemarakkan keluarga Abbas untuk menaiki takhta seterusnya menumbangkan dinasti Umayyah. Bagaimanapun, Abu Muslim telah dibunuh sepertimana yang telah berlaku kepada Tariq Bin Ziyad. 

Ironinya, beliau dibunuh oleh adiknya sendiri. Selepas kematiannya, Bani Abbassiyah telah mengumpul pelbagai musuh politik terutamanya daripada pengikut setia Abu Muslim. 

Kesan kepada Islam: Bani Umayyah tumbang dan diganti oleh Bani Abbasiyyah. Pada masa ini, kegemilangan Islam tetap utuh meskipun terdapat pelbagai perang saudara di antara satu sama lain. 

8. Ramadhan 584H: Kemenangan Salahuddin al-Ayubi pada Perang Hittin 

Panglima agung Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib pimpinan Guy de Lusignan, Raymond III of Tripoli, Gerrard de Rideford, Balian of Ibelin dan Raynand of Chatillon. 

Dipercayai, Perang Hattin ini telah menyebabkan pihak tentera salib kehilangan 17,000 daripada kira-kira 20,000 orang tentera mereka. Di akhir perang ini, Guy de Lusignan, Gerrard de Rideford dan Raynand of Chatillon ditangkap. 

Tetapi, hanya Raynand of Chatillon sahaja dipancung kerana kebiadaban Raynand of Chatillon membunuh kabilah haji ke Mekah dan umat Islam di Juruselam. Guy de Lusignan dan Gerrard de Rideford dibebaskan oleh panglima yang terkenal sebagai hati mulia ini dengan tanpa syarat. 

Kesan kepada Islam: Menjadi titik tolak kepada kejayaan Islam dalam Perang Salib seterusnya. Juruselam juga berjaya dibebaskan dari cengkaman Kristian. Melalui perang ini juga, reputasi Salahuddin bin Ayubbi telah tersebar hingga ke Eropah sehinggakan terdapat duti khas untuk membelanjai peperangan salib seterusnya dikutip di England dan Perancis yang dinamakan sebagai Saladin tithe



Takkan Baca je? Comment La Sikit..