Setiap kali menjelang musim raya, pasti akan ada banyak pilihan kuih raya lebih-lebih lagi bagi mereka yang rajin untuk buat kuih sendiri. Bagaimanapun kadang-kala kuih raya cepat benar lemau. Hari ini, kami kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.
1. Biarkan biskut terbuka terlebih dahulu
Sebaik sahaja biskut dikeluarkan daripada ketuhar, biasanya ia agak lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas, sebaliknya biarkan beberapa saat di udara sehingga biskut betul-betul sejuk, barulah dimaasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Jka disimpan ketika masih panas atau dicampur bersama biskut lain di dalam bekas yang sama, biskut akan mudah rosak dan lemau.
2. Keringkan bekas sepenuhnya sebelum simpan biskut
Ini mudah saja. Ambil tuala kering kemudian lap bersih bekas kuih dan anginkan beberapa saat atau mahu lebih terjamin, jemur terus di bawah cahaya matahari. Jika anda ingat, pasti masa kecil-kecil dahulu ibu anda selalu buat begini bukan?
3. Guna bekas kedap udara
Pilih bekas menyimpan kedap udara atau balang berpenutup yang dilengkapi penutup khusu untuk biskut supaya tahan lama dan kekal rangup.
4. Masukkan bungkusan kecil garam dalam balang kuih
Selain menggunakan gel silica dalam bungkusan, kelembapan udara dalam balang juga boleh dikurangkan dengan garam. Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dengan kain bersih lalu masukkan ke dalam balang.
5. Alas setiap lapisan biksut dengan kertas kalis minyak
Dengan meletakkan kertas kalis minyak pada setiap lapisan biskut, ia akan membuatkan biskut kekal rangup kerana kertas kalis minyak berfungsi menyerap lebihan munyak pada biksut.
6. Taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biksut
Ini petua Melayu lama yang sangat berkesan bagi memastikan biskut raya tahan lama dan tidak berbau.
7. Jemur tepung / gula sebelum buat biskut
Orang zaman dulu menggunakan tepung dan gula yang dijemur bagi membuat kuih raya. Ini bagi memastikan biskut yang dihasilkan lebih ringan dan tahan lama. Tepung yang dijemur akan memberikan kerangupan dan rasa yang enak.
Elakkan membakar pada suhu terlalu tinggi kerana ia akan membuatkan biskut tidak masak di bahagian dalam.
Takkan Baca je? Comment La Sikit..