Emas Peninggalan Jepun Dijumpai Di Ladang Kelapa Sawit Di Kunak, Sabah


Heboh dilaman sosial tentang penemuan terowong peninggalan tentera Jepun di Ladang Mostyn, di Kunak, Sabah. Menurut cerita dari pemberi maklumat, tanah ladang kelapa sawit tiba-tiba sahaja runtuh dan para pekerja bertempiaran lari.

Apabila diperiksa di bawah runtuhan tersebut, terdapat terowong Jepun yang merupakan peninggalan askar Jepun ketika Perang Dunia Ke-2 dahulu. Turut dijumpai adalah emas di dalam bentuk jongkong bertulis Sumatera bertarikh 28.08.1941 & 999.9

Menurutnya lagi, hilang sudah semua jongkong emas di bawa lari oleh pekerja ladang sawit tersebut. Bagaimanapun kebenaran perkara ini masih belum dapat dipastikan (tentang penemuan emas) kerana tidak ada pekerja yang mengaku."


Jongkong emas ini didakwa ditemui dalam terowong tinggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di ladang itu. Saya sendiri ada menghubungi pengurus ladang pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bagi mengesahkan penemuan ini tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya," jelas Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto.

Terowong sepanjang 8KM tersebut mampu dilalui lori 10 tan ini dipercayai digunakan tentera Jepun bagi mengangkut atau menuimpan peralatan perang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Abd Rashid Abdullah berkata, pihaknya sudah menghantar satu pasukan khas bagi memantau lokasi berkenaan dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai penemuan emas di kawasan ladang itu.

Sejauh mana kebenarannya, tentulah langsung tidak mustahil. Apa yang pasti untunglah pekerja yang memiliki jongkong-jongkong emas tersebut. Balik negara masing-masing jadi Orang Kaya Baru lah uolls!

OH!MEDIA: KALAU ORANG JUMPA EMAS, MEMANG TAKLAH DIA NAK BUAT LAPORAN POLIS PULAK. HAHAHA.


Sumber: OhMedia



Takkan Baca je? Comment La Sikit..